Sunday 26 April 2015

Berapa lama ikut tarbiyyah?

Baru-baru ini semasa mabit dan baru tahu katibah tu main name dia. Antara 7 wasail tarbiyyah.

Dan soalan ukhti Kamaliah malam tu...

"Entunna dah berapa lama ikut tarbiyyah?"

Krik krik. Gulp.

"Setahun?" Krik krik krik
"Dua tahun?" Krik krik
"Tiga tahun?" Krik. Adoi!

"Okay paling minimum tiga tahun kat sini. Jadi apa entunna rasa bila dah tiga tahun ditarbiyyah? Sama ke macam mana tarbiyyah entunna masa first year?"

Semua tertunduk. Malu dengan diri sendiri.

Tiga tahun. Satu tempoh yang agak lama juga untuk terus thabat dalam tarbiyyah. Jadi, persoalannya sejauh mana kita dah berada atas jalan ni? Tak perlu laju-laju pon. Tapi jangan berhenti.

Tarbiyyah itu pun ertinya menghidupkan,mengajarkan dan akhirnya mengubahkan! Cantik sangat tarbiyyah ini. Kalau betul kita nak rasa apa itu islam. Adalah dengan mengenal tarbiyyah. Tak semua orang dapat rasa nikmat ini. Dan kita yang sudah dibaja dan disuburkan tiap minggu dengan usrah perlu mampu menjadi ejen penyubur pada yang lain. Mungkin paling kurang,keluarga terdekat.

Selepas liqo' saja, hubungi keluarga. Ceritakan khawatir quraniyyah yang kita tnt dalam liqo'. Ceritakan bagaimana hubungan yang erat dengan Tuhan mampu mengubah hidup kita. Life is colourful. Dalam family mesti macam-macam kerenah dan cabaran yang kita ada. Then, kita cuba jadi yang terbaik. Menjadi kaunselor,menjadi contoh,menjadi pendoa,menjadi tukang sorak dan sebagainya.

Dan juga. Apa yang membezakan kita dalam tempoh tarbiyyah ini? Tamayyuz. Kita sudah menjadikah orang yang tamayyuz. Yang sudah boleh beza baik buruk. Dan orang pun boleh beza kita dengan orang lain. Dengan tarbiyyah we get changed and we must touch others.

Jawapan untuk soalan tadi.

Kenapa kena tanya macam tu? Sebab kami masih lemah dalam istajibu hatta hanya sepotong soalan mudah. "Siapa nak share harapan tarbiyyah dia?"

Dua minit kemudian baru ada yang bersuara. Allah. Mungkin kadang-kadang kita rasa perkara-perkara volunteer ni suatu yang malu. Tapi, it improve us in many ways. Istajibu untuk soalan tadi dah dua minit.


Kot kot. Kat soalan Allah ni? Berapa minit?


"ISTAJIBU LILLAHI WA LIRRASULIH"

"DAN SAHUTLAH SERUAN ALLAH DAN RASULNYA"


Moga kita makin istajibu fi kulli haalin! Bi iznillah :)

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)