Sunday 10 January 2016

Bumi Cinta

Bismillah.

Salam 2016! *bunga api letup-letup*

Seronoknya menulis lagi. Rindu yang terpendam untuk ruang ini. InshaAllah,setahun lagi berada di bumi cinta ini,Jordan :) Ingin ku ukir sekukuh mungkin memori disini. Bumi yang temukan aku dengan jalan cinta.

Moga sosok-sosok didalam gambar ini terus menyebarkan cintaNya dimana sahaja.

---2015

Tahun yang banyak Allah ajar ilmu kemurabbian. Pening,gembira,cuak,letih semua bercampur. Moga-moga rijal-rijal yang aku bina terus thabat atas jalan ini.

Tahun ini juga,banyak mengajar erti mujahadah. Bercuti tiga bulan di Malaysia rupanya banyak mencambah ranting-ranting kosong dalam diri. De-aktif semua perkara tarbiyyah adalah satu jahiliyyah yang teruk kot masa tu. Tak tahulah nanti dah grad macam mana. Allah,teguhkan aku!

Tahun yang banyak mengajar ilmu sabar. Berada di RI masa itu,bukanlah satu bukti kukuh untuk tidak diuji dengan sabar. Hehe, jika diingat memang begitulah manusia. Walaupun akhawat supersaiya. Mana mungkin,Allah tutup semua kelemahannya kan?

Tahun yang seronok bila diingat. Excited dapat meniaga. Hobi dan minat dari kecik kot! Asasnya dulu jual buku log fon,nama,alamat kekawan kat sekolah. Sekarang ni pun tengah terkinja-kinja nya lah semangat nak berniaga. Punca rezeki dari Allah. So,maintain dan keep closer to Allah. He will ease everything from sky. All the best @thekhaila! Tak sabar nak grad,sambung berniaga.

Tahun yang aku kira,tahun untuk mematang dan mengkritikalkan fikiran haha. Sebab kita tidak selamanya dalam kitaran ini. Usia kita yang bertambah menjadikan kita berfikiran lebih kritis dan matang. Sebab itu,dalam proses membesar. Sabar dan lapang dada adalah jalan terbaik untuk belajar dari kehidupan ini. Siapa yang tak pernah diuji kan? Moga Allah sentiasa dekat dihati kita. So then,kita tiada dakwaan untuk menyalahkan Tuhan,right?

Tahun yang berpulun lelah juga di Jordan,meniaga nasi goreng,tender dll. Alhamdulillah sangat seronok! Moga Allah kuatkan semangat untuk tambah duit poket lagi. Dan akhirnya my wishlist untuk buat lasik dengan duit sendiri tercapai! Ameennnnn ^^

Itulah sahaja coretan ini. Otak sedang berehat dari belajar. Final exam ok sekarang. Then inshaAllah,i'll write next post about trip to Egypt soon if Allah wills.

Ok,bye! -- Nah hadiah buat jiwa-jiwa rabbani.


وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا 
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (Alkahfi:28)

-post pertama di RI Ithar :)

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)