Saturday, 19 January 2013

" Akak dekat Jordan ke? "

Bismillah walhamdulillah.




Dibawah lembayung Duwar Yarmouk


Alhamdulillah masih beriman dan bermuslim.

Haaaaaa. Tajuk kemain hang. Emm, disebabkan ramai junior tanya saya. 

"Akak dekat Jordan ke sekarang?"

mihmih.Ye, akak dekat Jordan sekarang dik :)  

Dan macam biasa takkan orang tanya takat situ je kan? Mesti banyak soalan yg related dengannya.Maka,saya dengan rajinnya ingin menaip pasal Jordan ni. Ramai yang nak ke sini kan? Kehkeh. Sebab tu lah korang tanya. ;)


Well, saya-*maludgnreaderlebihtuaye* .Ehem, saya dekat Jordan ini pergi dibawah tajaan zakat Negeri Perak. Nama popularnya JAIPk. Saya ambil kos Bahasa Arab dan Kesusasteraan.

MACAM MANA NAK PERGI JORDAN?

Hmmm, macam mana ye? 

Prosedur dia ada banyak.Depends pada tajaan.Senang cerita.

*MARA/JPA/MAIDAM/mana-mana tajaan yang menaja sepenuhnya akan bantu untuk bayar bank draf dalam proses permohonan tu.Ada bank draf ye. Ehem. $$$$$

*Kalau zakat negeri,JAIPk lah senang sebab itu yang saya alami. Kita akan proceed semua urusan permohonan termasuk cek tu.Tapi,JAIPk akan bantu dalam proses penterjemahan sijil-sijil penting dalam Bahasa Arab tu.Kira, kita settle kan mana yang kita kena buat.Selebinya serahkan pada pejabat agama yang uruskan.

Oh ye,lupa nak bagitahu.Borang KPT(baca-Kementerian Pengajian Tinggi) Jordan selalunya akan keluar selepas keputusan SPM diumumkan.Kalian tunggu dan cakna bila dia akan dikeluarkan.

Ini contoh borang KPT Jordan 2012. SINI.

Bagi tajaan FAMA(baca-fathermother) :

SEMUA DIDALAM PROSEDUR PERMOHONAN PERLU DIBERDIKARIKANLAH. :) Selamat berjaya.


KEPUTUSAN KE JORDAN

Okay. Dah mohon mesti nak tahu keputusan ke sana kan?

Ini kes macam saya.JAIPk tiada kursus persediaan/mukhayyam sebelum terbang.Tapi,bagi MARA/JPA/MAIDAM/mana-mana yang terkait mereka sudah maklum dan tahu akan terbang.Sebab apa? Sebab mereka sudah dipilih untuk ditaja :)

JAIPk pula, mereka hanya menolong pelajar-pelajar yang ingin ke luar negara tanpa memberi sebarang jaminan tajaan.Jika permohonan KPT berjaya dan lulus, setelah itu baru JAIPk membuka permohonan zakat.BEGITU YA CARANYA. Jangan salah faham. 

Keputusan akan diberi setelah para pemohon selesai menjalani kem BTN masing-masing. Yeah, itu wajib. Selepas itu baru officially dapat borang tawaran belajar ke Jordan.

Dalam akhir bulan 8 atau awal bulan 9 keputusan dapat diketahui selalunya.Banyakkan bersabar dan rancanglah masa depan sebaiknya.Masa itu, mungkin ada antara kalian yang sudah memasuki alam universiti di Malaysia setelah mendapat tawaran UPU terlebih dahulu.Ingat $$$$$$$$ . Bukan senang nak cari $$$$$$$$ . Jadi, fikir dan istikharah. Kalau mak ayah mampu $$$ , teruskan untuk mencari pengalaman belajar di Malaysia dulu.


Ohh ya! Semak dulu syarat-syarat nak kesana. Bukan semua yang layak.Macam biasa,KPT Jordan hanya menghantar dalam dua bidang umum ini.



SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN
SESI AKADEMIK 2012/2013


1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan peringkat ijazah 
pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah 
ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:


i. Perubatan dan Pergigian
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau 
pergigian  di universiti  Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan 
minimum yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia 
(SPM) dengan memperolehi  Purata Peratusan Markah sekurangkurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima 
(5) mata pelajaran sains  (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik,  dan 
Matematik Tambahan) ATAU
Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di 
peringkat SPM
Permohonan untuk pengajian bidang kedoktoran, pergigian dan sains 
hendaklah memperolehi tahap lulus dalam mata pelajaran Pendidikan 
Islam

YA. Baca dengan penuh hemat disitu ya. Bukan mudah nak go through medic dan dentistry ini.


ii. Pengajian Islam 
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 
kepujian bagi semua mata pelajaran berkaitan ( khusus mata pelajaran 
Bahasa Arab ) bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM;


Kepujian itu C kalau tak silap.Haih, senang je kan syarat dia? :))))))))))

Tapi, jangan anggap benda tu macam remeh. Kalian nanti akan bersaing dengan orang-orang Arab disini!

Tapi, tak tahulah macam mana tahun 2013 ni.Mungkin syarat diperketatkan ekoran kelambakan kes-kes yang mengancam pelajar Malaysia disini.


Tambahan, bagi kos Pengajian Islam. Ada beberapa kos khusus dibawahnya:

Fiqh wa Usuluh 
Usuluddin
Bahasa Arab
Dirasat Islami
Ekonomi dan Perbankan Islam.(Hanya di Yarmouk sj)

5 kos ini sahaja yang ada disini.DAN ada 4 sahaja universiti yang diiktiraf Malaysia di Jordan utk kos-kos yang disebutkan ini.

University of Jordan-Amman
Yarmouk University-Irbid
Mu'tah University-Karak
Al Al-Bayt University-Mafraq


Kalau kos Perubatan dan Pergigian.Kedua-duanya hanya diiktiraf di JUST.Namun,tahun 2012 ada dihantar beberapa pelajar ke University of Jordan.Mungkin kapasiti pelajar yang terlalu ramai di Irbid.


Saya rasa cukup sampai disini dahulu.Kalau ada sebarang kemusykilan boleh komen terus di post ini. WALLAHU A'LAM.


Selamat berjaya semua :)



16 comments:

cg magnEt :) said...

akak. akak. nk ikutttt. hihi :)

Aqilah Ahmad said...

haha. alah adik. adik ddk rumah jage mak ye? hehe :)

Anonymous said...

akak masuk u dulu ke sblum tahu keputusan? kpt tgok result mcm mana? agak2 kalau ada C+ bio, tp sy mntak economic islamic banking mcm mna erk? sy budak perak gak..

kiki lala said...

lps tahu yg kpt dah lulus permohonan kita baru jumpa jaipk? then, jaipk uruskan hal kapal terbang? kalau tahu bln 9, bkn ke bln 9 fly akak? ? maaf nyk tny.

Aqilah Ahmad said...

Bismillah

anonymous:
kalau boleh buat back up plan.masuk dulu mana-mana uni/kolej.sebab kita tak tahu lagi dapat ke tak.utk result tu,cuba awak semak balik dekat borang KPT ni:

http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/timurtengah/BORANGKPTJORDAN2013.pdf

kiki lala:

Bukan dik.Pergi pejabat JAIPk dulu then hantar borang KPT.Lepas tu,kalau KPT dah bagi signal dapat ke tawaran ke BTN tu in sya Allah peluang dah cerah dah.Then,JAIPK akan proceed utk tiket flight,zakat dan sebagainya.Doa banyak-banyak ye.Moga Allah bagi yang terbaik :)

Aqilah Ahmad said...

alahai,kesiannya nak bertanya dekat blog.

sy jemput kalian utk PM di Facebook.

Seeru ala barakatillah :)

https://www.facebook.com/qilahmad

ingin tahu said...

akak..saya sama macam kikilala. budak perak. tapi saya hantar borang kpt tp tak pegi jumpa jaipk. parents kata maipk bgtau kne dpt kelulusan kpt. kalau tahu akhir bln 8 atau awl bln 9, bkn ke fly bln 9? tiket mmg komfirm ke akan di uruskan oleh pihak jaipk/maipk?

Aqilah Ahmad said...

boleh juga macam tu. nnt hjb bln 8 akn dpt twrn btn.tu belum tentu lg dpt jordan sbb bila dah lepas btn baru dpt tawaran.basically,semua yg dpt btn akn dpt je tawaran ke jordan :)

ok,lepas dah dpt tawaran btn/universiti jordan.terus je pergi dekat jaipk utk ditaja tiket :) in sya Allah kheir.

Allah yusahhil umurik :)

Anonymous said...

btn tu ap? jelaskan sikit akak. hee..

Fazyatul Radzuan said...

Kalau nak pergi guna result foundaTion mintak kt mara jpa bole ke "?

Aqilah Ahmad said...

anonymous: btn tu. Biro Tatanegara. Kursus kenegaraan sebelum belajar luar negara.

Fazyatul Radzuan: Setakat ni masih belum boleh lagi. Masih dengan keputusan SPM syarat kelayakannya.

Maaf semua. Balas lambat.

Farish Ajk said...

Assalamualaikum...nk tanya,,kalaw nk pergi jordan bidang bahasa arab,,ada tajaan mana2 x selain yayasan islam negeri dan zakat??dgr2 bru2 ni,,jpa bukk tawaran untk bdg bahasa arab,,,tp sy x tahu pulak link dy..sy dh cri tp x jmpa..blh akak tlg saya??

Aqilah Ahmad said...

to Farish Ajk

Waalaikumsalam..setakat yang saya tahu KPM ada menaja pelajar untuk bidang bahasa arab dan link bersama maktab perguruan.


JPA tak dengar lagi. In sha Allah moga dimudahkan.

Sorry lambat reply ..

mirafifah sinichi said...

Salam akak. Saya tringin benar ke sana . Tp utk taun ni sya tak smpat nk mntak . Boleh sye tau result spm akak? Bole ke saya mntak tahun dpn ? Alhamdulillah spm saya dapat 6A . Adakah ade 6A spm smbung belajar di sana ? Saya takut ak layak nak mntak? Mohon akak boleh terangkan . Tq

Aqilah Ahmad said...

Wsalam wbt.

1.Boleh minta tahun depan.
2.Kelayakan utk ke Jordan melalui keputusan SPM berbeza setiap tahun. Masa zaman akak, paling minimum dapat B subjek B.Arab,P.Islam,P.Quran Sunnah,P.Syariah Islamiah. Tapi bermula 2014/2015 syarat berubah:-

Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM
DAN
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab Tinggi dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat SPM


Sumber : Permohonan Pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi sesi 2014/ 2015

--

Jadi,kalau masa 2012 syarat macam diatas ni . Mudah kata akak tak lepas pergi. Result SPM biasa2 je :) Syarat makin ketat dsbbkan faktor2 keselamatan dan kualiti pelajar. In sha Allah moga Allah mudahkan..

Anonymous said...

Salam akak. Kita dpt emel dari kpm utk jemputan kursus persediaan sblum ke timur tgh. itu btn ke kak?

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)