Thursday 11 February 2016

Perlu membesar




Bertabahlah. Mungkin ketika ini,jiwa rasa berat. Kerana jiwa masih kecil dengan ujian yang tidak muat dengan kadar hatimu.

Bertabahlah. Mungkin ketika ini,logiknya jauh. Kerana masa depan itu sungguh rahsia dari siapapun kecuali Dia.


MashaAllah. Ketika ini. Sedang berat menanggung tanggungjawab membina manusia dan melajukan mereka. Serta,khidmat diri ini yang sering rasanya digunakan dan agak lelah ketika diselalukan. Maka sebenarnya,apakah alasan kukuh sebenarnya untuk rasa ini? Uhuk.

Menjadi murabbi itu perlu. Tapi menjadi murabbi kepada sahabat sendiri adalah satu struggle besar bagi manusia ini yang melekat tebal lagi jahiliyyah dalam diri. Amalan tak sehebat murabbi lain. Belajar pun masih mengantuk dalam kelas. Sekelas dengan mutarabbi pula. Allah.

Tapi,inshaAllah. Mudah-mudahan langkah ini akan menguat dan membantu aku berubah. Kerana jika kita sentiasa merasa kita ini adik-adik. Dan tidak pernah merasa kita ini kakak-kakak. Maka,sebenarnya kita merugikan potensi diri kita sendiri. Mungkin. Dengan cara ini,Allah ingin mengajar erti kefahaman dan kematangan yang benar.


Alhdulillah w thumma astaghfirulllah


Bayt Ithar
10022016

Sunday 10 January 2016

Bumi Cinta

Bismillah.

Salam 2016! *bunga api letup-letup*

Seronoknya menulis lagi. Rindu yang terpendam untuk ruang ini. InshaAllah,setahun lagi berada di bumi cinta ini,Jordan :) Ingin ku ukir sekukuh mungkin memori disini. Bumi yang temukan aku dengan jalan cinta.

Moga sosok-sosok didalam gambar ini terus menyebarkan cintaNya dimana sahaja.

---2015

Tahun yang banyak Allah ajar ilmu kemurabbian. Pening,gembira,cuak,letih semua bercampur. Moga-moga rijal-rijal yang aku bina terus thabat atas jalan ini.

Tahun ini juga,banyak mengajar erti mujahadah. Bercuti tiga bulan di Malaysia rupanya banyak mencambah ranting-ranting kosong dalam diri. De-aktif semua perkara tarbiyyah adalah satu jahiliyyah yang teruk kot masa tu. Tak tahulah nanti dah grad macam mana. Allah,teguhkan aku!

Tahun yang banyak mengajar ilmu sabar. Berada di RI masa itu,bukanlah satu bukti kukuh untuk tidak diuji dengan sabar. Hehe, jika diingat memang begitulah manusia. Walaupun akhawat supersaiya. Mana mungkin,Allah tutup semua kelemahannya kan?

Tahun yang seronok bila diingat. Excited dapat meniaga. Hobi dan minat dari kecik kot! Asasnya dulu jual buku log fon,nama,alamat kekawan kat sekolah. Sekarang ni pun tengah terkinja-kinja nya lah semangat nak berniaga. Punca rezeki dari Allah. So,maintain dan keep closer to Allah. He will ease everything from sky. All the best @thekhaila! Tak sabar nak grad,sambung berniaga.

Tahun yang aku kira,tahun untuk mematang dan mengkritikalkan fikiran haha. Sebab kita tidak selamanya dalam kitaran ini. Usia kita yang bertambah menjadikan kita berfikiran lebih kritis dan matang. Sebab itu,dalam proses membesar. Sabar dan lapang dada adalah jalan terbaik untuk belajar dari kehidupan ini. Siapa yang tak pernah diuji kan? Moga Allah sentiasa dekat dihati kita. So then,kita tiada dakwaan untuk menyalahkan Tuhan,right?

Tahun yang berpulun lelah juga di Jordan,meniaga nasi goreng,tender dll. Alhamdulillah sangat seronok! Moga Allah kuatkan semangat untuk tambah duit poket lagi. Dan akhirnya my wishlist untuk buat lasik dengan duit sendiri tercapai! Ameennnnn ^^

Itulah sahaja coretan ini. Otak sedang berehat dari belajar. Final exam ok sekarang. Then inshaAllah,i'll write next post about trip to Egypt soon if Allah wills.

Ok,bye! -- Nah hadiah buat jiwa-jiwa rabbani.


وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا 
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (Alkahfi:28)

-post pertama di RI Ithar :)

Sunday 26 April 2015

Berapa lama ikut tarbiyyah?

Baru-baru ini semasa mabit dan baru tahu katibah tu main name dia. Antara 7 wasail tarbiyyah.

Dan soalan ukhti Kamaliah malam tu...

"Entunna dah berapa lama ikut tarbiyyah?"

Krik krik. Gulp.

"Setahun?" Krik krik krik
"Dua tahun?" Krik krik
"Tiga tahun?" Krik. Adoi!

"Okay paling minimum tiga tahun kat sini. Jadi apa entunna rasa bila dah tiga tahun ditarbiyyah? Sama ke macam mana tarbiyyah entunna masa first year?"

Semua tertunduk. Malu dengan diri sendiri.

Tiga tahun. Satu tempoh yang agak lama juga untuk terus thabat dalam tarbiyyah. Jadi, persoalannya sejauh mana kita dah berada atas jalan ni? Tak perlu laju-laju pon. Tapi jangan berhenti.

Tarbiyyah itu pun ertinya menghidupkan,mengajarkan dan akhirnya mengubahkan! Cantik sangat tarbiyyah ini. Kalau betul kita nak rasa apa itu islam. Adalah dengan mengenal tarbiyyah. Tak semua orang dapat rasa nikmat ini. Dan kita yang sudah dibaja dan disuburkan tiap minggu dengan usrah perlu mampu menjadi ejen penyubur pada yang lain. Mungkin paling kurang,keluarga terdekat.

Selepas liqo' saja, hubungi keluarga. Ceritakan khawatir quraniyyah yang kita tnt dalam liqo'. Ceritakan bagaimana hubungan yang erat dengan Tuhan mampu mengubah hidup kita. Life is colourful. Dalam family mesti macam-macam kerenah dan cabaran yang kita ada. Then, kita cuba jadi yang terbaik. Menjadi kaunselor,menjadi contoh,menjadi pendoa,menjadi tukang sorak dan sebagainya.

Dan juga. Apa yang membezakan kita dalam tempoh tarbiyyah ini? Tamayyuz. Kita sudah menjadikah orang yang tamayyuz. Yang sudah boleh beza baik buruk. Dan orang pun boleh beza kita dengan orang lain. Dengan tarbiyyah we get changed and we must touch others.

Jawapan untuk soalan tadi.

Kenapa kena tanya macam tu? Sebab kami masih lemah dalam istajibu hatta hanya sepotong soalan mudah. "Siapa nak share harapan tarbiyyah dia?"

Dua minit kemudian baru ada yang bersuara. Allah. Mungkin kadang-kadang kita rasa perkara-perkara volunteer ni suatu yang malu. Tapi, it improve us in many ways. Istajibu untuk soalan tadi dah dua minit.


Kot kot. Kat soalan Allah ni? Berapa minit?


"ISTAJIBU LILLAHI WA LIRRASULIH"

"DAN SAHUTLAH SERUAN ALLAH DAN RASULNYA"


Moga kita makin istajibu fi kulli haalin! Bi iznillah :)

Thursday 12 February 2015

Learn and walk

"Salam,esok awak free tak?"

Send.

Dua garis tanda biru menunjukkan mesej Whatsapp sudah dibaca.

Gelisah. Aku terlampau agresif kah untuk ini? Berteka-teki dan saleemkan hati semula.

Mungkin, cubaan itu bukan yang terbaik.

077******7 . Dialing...

Tut. Mati.

Allahu,tenang tenang.

Mushaf AlQuran dibaca untuk menghabiskan target sehari sejuzuk. Berdendang ayat Allah dihatinya. Sampai ke ayat ini...

A007
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad:7)

Allahu. Berkaca-kaca bebola mata. Penawar yang dikirimkan Allah. Sabarlah,perjuangan ini bukan sehari dua. Tapi ia memakan suatu masa yang kita sendiri tidak tahu. 

Sambung terus ke tilawah surah alHijr. 

  • Berkata Ibrahim : "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?" (15:54)
  • Mereka menjawab: "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa". (15:55)
  • Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat". (15:56)
Kisah Nabi Ibrahim, yang dikurniakan Allah zuriat penyambung warisnya diusia yang cukup tua. Namun, apa saja yang Allah mahu berikan,semuanya atas kudrat Allah sendiri. 

Dan,jesteru kita juga perlu begitu. Bersabar dalam membentuk para pewaris dakwah dan tarbiyyah ini. Jangan mudah memberi ruang pada putus asa. Kerana orang yang berputus asa adalah orang yang sesat(tidak bergantung harap pada Allah) . Wa nauzubillah min zalik. 


Tetap sabar dan tsabatlah dalam perjuangan ini. Pesan Allahyarham Syeikh Jum'ah Amin:

"Jangan terlalu bergantung pada asbab-asbab materi sehingga terlupa untuk bergantung pada Rabbul Asbab (Allah)" 



Begitulah manusia, lupa memandang atas. Yang mampu menggerakkan hati seseorang hanyalah Dia. Maka, kuatkanlah ikatan hati kita denganNya. 

---
O Allah, make me success to become a sincere believer



Moga mampu melakar kisah kehidupan seperti para du'at yang lain.

Wednesday 11 February 2015

Cliche yang mengasyikkan.

Assalamualaikum w.b.t

Antara yang terlintas didalam fikiran...


Drama melayu datin-datin kaya duduk di rumah besar ada anak perempuan tergedik-gedik menjadi kaki cukur kepada lelaki yang kelihatan maskulin dan direbuti ramai gadis metro. 

Cliche.

Kisah seorang ibu sedang membasuh pinggan dan sedang tangan berbuih-buih,genggamannya terlepas dari tangan lalu terpecah pingganyang berbentuk wajah teletubbies itu. Babak seterusnya, anak atau suaminya accident atau kematian. 

Cliche.

Kisah percintaan antara tiga penjuru atau kata orang tiga segi. Si A syok kat B. Si B  syok dekat C. Si C syok dekat A. Aduh,pening-pening. Lepastu, mula datang D,E,F,G....zzz

Cliche.


Semua ini adalah contoh drama melayu yang sangat cliche. Penonton sudah boleh meletakkan diri mereka sebagai penolong pengarah. Terlalu jelas dan biasa dihidangkan. Namun,adakah cliche terlalu memualkan? Langsung tiada input kah dalam sesebuah cerita yang cliche begini?

Bolehkah saya berpendapat bahawa agama islam ini juga cliche? Terlalu jelas dan biasa juga dipenuhkan dalam halwa telinga. Dah berapa juta kali juga menghadam perkataan islam, solat,iman, Allah,AlQuran dan sewaktu dengannya di Malaysia. Adakah ini juga satu cliche?



"Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". (2:136)


Agama Allah sudah diturunkan suatu ketika dahulu? Sebelum Muhammad lagi. Apakah ini suatu cliche? Tapi mengapa terlalu istimewa? 


Bahkan,ianya sunnatullah. Aturan yang sudah ditetapkan Allah. Agama ini,akan sentiasa ada dan akan ada sehinggalah hari yang tak mampu untuk kita bayangkan goncangan seluruh isinya. 

Mudah kata. Benda yang sudah selalu sangat berlaku adalah suatu benda yang kita selalu pandang ringan bukan? Sama hukumnya macam sunnatullah. 


Siang dan malam,sunnatullah.
Matahari dan bulan,sunnatullah.
Hidup dan mati,sunnatullah.
Susah dan senang ,sunnatullah. 
Muda dan tua,sunnatullah.
Lapar dan kenyang,sunnatullah.



Tapi adakah seluruh sunnatullah ini diperhatikan oleh hati-hati kita? Celikkah hati kita? Atau buta?


Karena kesombongan (mereka) di bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa orang yang merencanakannya sendiri. Mereka hanyalah menunggu (berlakunya) ketentuan kepada orang-orang yang terdahulu. Maka kamu tidak akan mendapatkan perubahan bagi ketentuan Allah, dan tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi ketentuan Allah itu (35:43)



Sunnatullah maksudnya,sudah berlaku pada orang yang terdahulu. Sama macam adegan contoh yang saya gambarkan pada mulanya. Semua itu nampak eii sangatlah melayu. Tapi, bila kita bekerja dalam masyarakat,membawa amanah untuk mengubah diri dan mengajak yang lain mendekatkan diri pada jalan hidup Islam. Percayalah! Anda akan teringat-ingat terngiang -ngiang kisah cerita Melayu yang selalunya tidak mematangkan fikiran apatah lagi membangkitkan iman. 

Pernah kita duduk bersama kawan-kawan yang suka melepak? Merokok dan bermain game sahaja? Atau lagi advance. Pernah berkawan dengan kawan yang tidak bertudung dan berkapel lalu terlajak langkah dan menghamilkan zuriat yang terpaksa menanggung aib 'ibu dan bapa' yang membuatnya?

Pernah?

Sejujurnya,saya tak pernah sampai tahap itu. Tapi dihadapan mata saya pernah melihat bagaimana seorang pelajar perempuan dimasukkan ke hospital atas cubaan membunuh diri. Meneguk racun rumput bapanya. Dan pengsan didalam bilik berseorangan. Hanya disebabkan takut didatangi lelaki yang telah bergaduh dengannya di sekolah. Mujur masih dipanjangkan umur oleh Allah.

Aduhhhhhh. Parah deh ummat ini! (Tepuk dahi sikit)

Begitu sekali kan? 

Cetek akal. Kurang iman. Dan tarbiyyah ibu bapa sendiri kurang. Ibu bapa sendiri biarkan saja anak berkawan dengan siapapun. Sibuk. Sibuk mencari uang membanting tulang sehari semalam. Hingga lupa ada amanah permata besar yang perlu dijaga dan digilap setiap hari. Bahkan ada juga ibu bapa yang tidak solat. Apatah lagi yang bertikam lidah membaling pinggan mangkuk dihadapan anak-anak. 

Allahu. Moga Allah jauhkan.

Dan, anda. Sedarkah. Kita ini hidup diatas sunnatullah. Apa yang telah berlaku pada kaum terdahulu sedang berlaku juga keatas kita. 



"Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan." (10:13)

"Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan orang-orang lain." (6:133)

Dan Allah sudah bicara sama kita. Yang mana Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik jika kita tidak mahu beramal soleh dan bertaqwa padaNya. Nah...lihat bagaimana Allah mengabaikan orang yang mengabaikanNya. Sudah diberi pengetahuan tentang Allah lalu kita mendustakan.


Wa na3uzubillahi min zalik. 


Dan sedarlah kita...bahawa dunia ini berputar hanya dipaksi yang sama. Menyaksi dan terus menjadi saksi atas kekufuran yang sama terhadap Allah dan juga orang-orang yang beriman dan setia membawa tugas dakwah. 

Jadi, teruslah kita menjadi manusia yang luar biasa. Sudah tiada alasan lagi untuk berada di takuk yang sama. Sudah berjuta juta manusia meninggalkan ibrah sejarah hidup mereka. Dan kita lah yang akan menjadi orang-orang yang begini. 



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, perselisihan malam dan siang, dan bahtera yang berlayar di laut dengan memberi manfaat kepada manusia, dan apa-apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia menghidupkan bumi sesudah mati (kering)nya, dan di bumi itu Dia menyebarkan segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dengan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi golongan yang berakal.
 (2:164)


لعلنا و لعلكم تعقلون


Mari, sama-sama kita beriman dan beramal dengan setiap hidangan ayat cinta Allah ini. 



Bayt Israa'
11022015
Irbid,Jordan.

Saturday 24 January 2015

Bed time story #3 : Menjadi bertaqwa

Alhamdulillah, solatu wassalam ala Rasulillah.



Akhirnya berjaya login blogger! haha.


First in 2015.
Selepas berapa tak banyaknya struggle,tak sikitnya tidur, dan tak kurang juga makan. Selamat sudah semua paper untuk sem 1 tahun 3. Moga Allah beri natijah yang terbaik. Hopefully. Moga Allah ampunkan juga dosa-dosa suka meletakkan tawakkal pada saat tidak bersungguh pada sesuatu. Ameeen T.T


Alhamdulillah, untuk pertama kali post ini,sangatlah berbesar hati untuk berkongsi 4 ayat dari surah Ali-Imran,4 ayat dari 133-136. Kita tnt sikit pasal kelebihan menjadi orang yang bertaqwa.



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ 
133. Bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa


الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ  الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ  عَنِ النَّاسِ  وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ 
134. (yaitu) orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit[1], dan orang-orang yang menahan amarahnya[2] dan mema'afkan (kesalahan) orang lain[3]. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan[4]


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri[5], segera mengingat Allah[6], lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya[7], dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosanya selain Allah? Mereka pun tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

  
136. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal. 


Allahu Akbar, seakan sekadar mencukup bukan dengan empat ayat penawar dosa ini? Unzur pada ayat 133, Allah kata wa dan sari3u. wa itu huruf taukid(tegasan) dan sari3u feel amr (suruhan). Lihat, lihat bagaimana bersungguhya Allah menyuruh kita bersegera. Ibaratnya seorang yang lapar mengharap delivery pezza yang diorder akan sampai secepat yang paling mungkin dalam kadar minit yang paling pendek dan dengar bunyi pinpinpin! dah sampai. Wah begitu sekali jika nak digambarkan.Eheh lapar ke?

Pertama, Bersegeralah.
Kedua, Cari.
Ketiga, Ampunan
Keempat, bonus SYURGA

Ya Rabbbb, rasa terkedek-kedek lagi ni untuk bersegera. Moga Allah kuatkan kita untuk sentiasa sari3 dalam jalan ini.

Dan apa yang menarik ialah di ayat 134, Allah ceritakan keif yakni takun muttaqin?

Ala(ala lam alif) bil infaq! bil kazhimil ghaiz! bil ihsan! bilafwin nas! bizzikir ilaL lah! wa bistighfar!

Ahah, mohon rujuk ayat Quran, kerana disitu letaknya 'i3jaz alQuran!  (ye kerana saya sedang apply ilmu bahasa disini sebenarnya :p )

Kata kuncinya,

INFAQ DISAAT SENANG DAN SUSAH.
TAHAN AMARAH.
BUAT BAIK.
MAAFKAN ORANG LAIN.
SEGERA INGAT ALLAH.
 ISTIGHFAR.


Dan kita? Allah balasi dengan bonus SYURGA. Yok ibuk sama bapak sama kita mengeksaitedkan diri masing dengan empat ayat pendek ini. Wallahi tiada yang lebih indah melainkan syurga! Beranganlah sekarang menjadi ahli syurga. Bermimpilah sekarang. Kerana dengan obsesi kita terhadap syurga akan membuatkan hati kita makin jauh dari dunia. Jauh dari perkara yang mengecilkan hati kita. Jauh dari berprasangka,berkecil hati,berkeluh kesah. Ya syurga sangat membuat seseorang mampu berubah dari huruh M ke huruf W. Banyak sekali kisah para sahabat yang bisa membuat kita tertanya-tanya termimpi-mimpi kenapa dan mengapa dari seorang penyembah batu berukir mampu berubah kepada peruntuh bahala itu pula? Dan nanti akan dikisahkan jika Allah terus salurkan ilham. 

Ayat 136 yang begitu mengkhayalkan pembaca, keadaan didalam syurga yang terlampau paling indah. Sungai-Sungai. Bukan sebatang sungai malah mungkin beribu-ribu anak sungai. Ma sha Allah, bunyi deruan air yang hanya membingit telinga. Tiada kata-kata kotor. Malah hanya pujian dan syukur! Fuh tak mampu langsung membayang persinggahan terakhir itu. 


Dan moga post yang sudah lama dinantikan oleh diri sendiri mampu menjadi batu lompatan ewah untuk menjadi orang yang lebih serius beramal dan terus laju beramal. 

Nah ayat power penutup untuk diri yang lemah dan malas. Buka Quran pleasa. (Al-Anbiya':1) 


Allah yubareek fikum.
24012015.
Bayt Israa'.
Irbid,Al-Ordon.

p/s: so bangun qiyam esok jom? kata nak syurga?!





















Monday 13 October 2014

How to accept 'usrah' (?)

Bismillah.


As a new freshie student, there are few people that you might found. Meet you. Hug you. Treat you. Until you grow love inside.


Ha ha. Sabar! Jangan takut. Layanlah mereka seperti manusia biasa. You can make your own decision.

So, what about usrah? Did they ask about it? First of all, know what it is. What is soo special about people joying up with usrah? What is their core reason to being hardcore sisters?

Adik-adik,

Sedarlah. 'Usrah' itu wasilah. Dan bukan cara tepat untuk menarik masuk ke dalam sesebuah jemaah. You need goodness? Go grab it. You need something? Go reach it. And you need someone to listen and talk to you? Go accept her!

My first experience in 'usrah'.

I am too nice. I have accepting all invitations of usrah. Usrah #. Usrah $, Usrah &.

Dan aku jumpa solusi untuk satu jangka masa. Rilekslah. Jangan cuak cepat sangat. Go view them. Who they are. What they do. Which they like.

Go investigate!


Carilah apa yang mampu menenangkan hati masing-masing. Dan paling penting, elakkan buruk sangka. Walau sudah dengar apaapa ayat statement tentang adik beradik J.

Jika step pertama settle, do next step.

Join usrah,daurah etc.


Dan sekali lagi carilah apa yang membasahkan jiwamu. Percayalah! Kita akan rasa setiap kelainan dengan setiap usrah. Pembawaan berbeza. Matlamat akhir tetap sama. Ustaziatul Alam.

Beruntung dan berbahagialah anda jika pernah merasa kebasahan iman. Ibarat mencicah biskut ke dalam teh. Lembut dan mudah. Tenang dan meresap.


Jika anda seorang yang rebel (menolak semua jemputan) yakinlah anda menolak sebuah kata kebenaran. Biarkan jiwa ruhani berkotak katik. Dia pasti punya antibiotik. Take time.


From the above steps they are a few stories. Need to type another time. Its time to dream. Zzzzz


Allah yusalmik.

Irbid,13102014
Syita' is coming!



pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)