Thursday 11 February 2016

Perlu membesar




Bertabahlah. Mungkin ketika ini,jiwa rasa berat. Kerana jiwa masih kecil dengan ujian yang tidak muat dengan kadar hatimu.

Bertabahlah. Mungkin ketika ini,logiknya jauh. Kerana masa depan itu sungguh rahsia dari siapapun kecuali Dia.


MashaAllah. Ketika ini. Sedang berat menanggung tanggungjawab membina manusia dan melajukan mereka. Serta,khidmat diri ini yang sering rasanya digunakan dan agak lelah ketika diselalukan. Maka sebenarnya,apakah alasan kukuh sebenarnya untuk rasa ini? Uhuk.

Menjadi murabbi itu perlu. Tapi menjadi murabbi kepada sahabat sendiri adalah satu struggle besar bagi manusia ini yang melekat tebal lagi jahiliyyah dalam diri. Amalan tak sehebat murabbi lain. Belajar pun masih mengantuk dalam kelas. Sekelas dengan mutarabbi pula. Allah.

Tapi,inshaAllah. Mudah-mudahan langkah ini akan menguat dan membantu aku berubah. Kerana jika kita sentiasa merasa kita ini adik-adik. Dan tidak pernah merasa kita ini kakak-kakak. Maka,sebenarnya kita merugikan potensi diri kita sendiri. Mungkin. Dengan cara ini,Allah ingin mengajar erti kefahaman dan kematangan yang benar.


Alhdulillah w thumma astaghfirulllah


Bayt Ithar
10022016

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)