Wednesday 18 June 2014

Kad merah



Hari ini dengan penuh semangat aku bangun awal siap mandi makan sempat main apps dunia tipuan dan bertemani kipas. Dengan yakin dan anggunnya menyarung baju kurung tradisional dan kasut tumit rata. Menapaki tangga-tangga kuliah Adab yang tak berapa banyak. Eher. Sampai ditingkat 3 sambil nafas tak sempat nak dipam jantung. Laju. Kelas masih tutup,berkunci. Lalu dihadapkan tubuh dihadapan tingkap balkoni kuliah Adab yang menyajikan angin sepoipoi dihiasi lanskap Universiti Yarmouk.

Jam 10.30 pagi, jadual untuk sem soifi ini dipilih untuk subjek Bahasa Turki. Doktor Hassan azZuyut. Segak dan muda orangnya. Ehem. Hari ini sudah kali ke 4 persekolahan. Tapi semalam doktor tak masuk.


Arab tak berapa ramai yang menjadikan penantian itu indah seperti aku. Ramai yang tiada hari ini. Mungkin tiada kelas lagi ni. Getus tak getus hati merahku. Tapi macam mustahil juga tak ada kelas 2 hari berturut. Beg disandang kemas. Henpon dimasukkan kedalam beg semula. Kaki melangkah ke seluruh bangunan Kuliah Adab untuk mencari doktor Hasan. Dari tingkat 3 ke 4 ke 2 ke 1. Apalah malangnya nasib mata tak ternampak nama doktor dekat laluan bilik pensyarah. Haio.

Dengan nafas seperti kucing baru lepas mengejar tikus,aku bergerak ke musolla untuk mengambil sedikit tenaga dan nafas baru. Dibaca aku majalah JOM. Sambil menyembang dengan Kak Maryam pasal berita ini. Terdetik dihati Kak Yam, "Qilah,cuba bukak SIS tengok balik kelas. Takut doc tukar" Aku nganga sambil teringat kemungkinan ini!

Untung wifi universiti baik untuk masuk laman web SIS. Yaaaaaa! Bagaikan kera dapat belacan. Terkejut oi terkejut! Kelas tukar! Dekat kuliah Tarbiyyah bersebelahan Kuliah Adab. Aaaaa kenapa tak bagitahu? Dan tak ada notis?!

"Okay kak Yam. Thanks. Nak pergi kelas.." hati berbunga.

"Sempat ke?"

"Sempat je kot. Ade setengah jam lagi ni"

Dengan tenaga yang baru. Ku panjat-panjat tangga kuliah Tarbiyah. Dewan 218! Mana? Mana?


218.

Pintu diketuk. Doktor Hasan Zuyut!!! Im a happy student.

"Assalamualaikum"

Pintu meja doktor diketuk-ketuk dengan gaya tangan menggayakan tamat.

"Intahat"

"Tapi doktor aku baru tengok laman web...."

Doktor teruskan pelajaran tanpa memandang wajah pelajar Malazi yang satu-satunya ini.


Aaaaaaaarghhhh! Pintu ditutup. Mata panas. Panas. Hati panas. Mulut menggetap. Terkubur segala usaha aku hari ini. Hancur luluh. Selama ini dengar orang kena halau tak berapa menghayati. Hari ini bila kena tepat hidung mancung ni. Baru ku sodarrrr! Ini memang mimpi ngeri. Aku tahu doktor dah maklumkan siapa yang lambat 10 minit tak boleh masuk. Tapiiiii...aku..aku kan kes terpencil. Dahlah kesunyian. Keseorangan. Kesesatan. Hmmm. Doktorrrrrrrr!


Tahan. Tahan. Aqilah mana pernah nangis depan orang. Fuh! Muka jadi merah merah dah. Tahan panas luar dan dalam.


Maka, kad merah aku dah kena sem ni. Tak apa, esok ada lagi kesempatan.


--

Setelah mengalami tempoh bertenang dan bersabar sambil membaca majalah JOM. Hati mula sejuk dan surut. Buka hati,lapang dada. Ini semua ketentuan Allah. Ada 'something' yang Allah nak bagi. Belajar sabar. Sabar! Adakah kau tahu sabar itu bukan teori? Tapi amali.

Dimalu didepan manusia aku tahan lagi. Tapi kalau diakhirat macam mana Aqilah? Apa nak jawab? Bila buku amalan dicampak macam kain buruk yang tak guna. Apa kau nak jawab? 'Oh Tuhan, aku baru tahu aku mati masa sedang  bermaksiat. Ampunkan aku. Jika Kau beri aku peluang sekali lagi pasti aku akan menjadi hambaMu yang beriman. ' Tapi ketahuilah, diberi kad merah diakhirat sana jauh lebih mengerikan!


Waqina azabannar! Waqina azabannar!

---
Allah,esok kelas Turki. Kena explain baik punyaaaaa! Senyum lemah.




No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)