Monday, 2 June 2014

Bed time story #2

Bismillah,

Kembali kita dalam rancangan bed time story DoubleA,nama saya.

Bila malam menjelma, badan menkadi semakin layu ibarat bunga yang kecut disimbah mentari. Lalu, diselaputi tubuh dengan sebidang kain untuk mendapat kekhusyukan dalam tidur. Menjadilah kita seorang muzzzammil!


Dan disetiap rangka saat didada jam, Allah yang senantiasa Hidup dan Tidak Pernah Mengantuk الله لا إله إﻻ هوالحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم. Ma sha Allahh terlampau hebat Engkau Tuhan.

Melapangkan rahmat dan keampunan bagi hamba-hambaNya yang terpilih bangun dari kepekatan dan kenyamanan malam, Allah.

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Wahai orang yang berselimut!
A002
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
A003
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
A004
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".


A005
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
A006
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
A007
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
A008
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

A009
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.



Allahu Akbar. Moga mata dan jiwa kita terjaga sebelum fajar mengambil tugas. 


Yakinlah, apa saja yang kau bicarakan sama Tuhan semuanya rahsia dan mendapat perhatian!




1 comment:

aliah jamil said...

bed time story yg best :)

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)