Monday 29 September 2014

I dont need title



September 2014.


Tak disangka jiwaku semakin besar. Sudah tidak berminat dan punya obsesi untuk melakar kata-kata. Matangkah? Wihi. Tuhan saja yang Maha Tahu. Aku sedang menaip dengan penuh otak berselirat. Bukan stress tapi kejang dengan idea sendiri. Rindu untuk memahat kata dalam rumah sendiri. Rindu menyembur bauan di bilik sendiri. Kadangkala aku lupa cita dan kata azimatku suatu masa dulu. Mungkin untaian kata yang terpahat boleh mengesani aku semula jika sesat. Aku pun tak tahu apa aku bisikkan pada hati sekarang. (Huargh kenapa jiwang?! Wekk)

Dan seperti aku kata pada diri, demi masa manusia akan berubah. Bukan secara jasadi dan jasmani. Tapi pada hati dan nurani. Allah sentiasa putarkan pelbagai rasa dalam jiwa. Kita olah pakai iman. Boleh jadi menjadi ke kanan atau juga ke kiri. People keep and keep changing.

Barangkali Tuhan ajari aku rasa cinta sekarang ini. Kerana jiwaku buta sebelumnya. Barangkali Tuhan ajari aku rasa noda sekarang ini. Kerna aku dosanya ada. Dan barangkali Tuhan ajari aku rasa iman sekarang ini kerana ku belajar membina manusia. Dan yakinlah, demi Allah! Setiap apa yang berputar dalam hidup ada alasan dan hidayahNya sendiri.

Entah.

Entah.

Saat malam memeluk, jiwa ini tinggi melekat kata-kata seruan dalam hati. Tidak sabar berjumpa Rabb. Sambil merasai khauf dan roja'. Aku seakan merasa rindu untuk bertamu di ruangNya pada kala sunyi. Aku belajar mencinta Dia. Yang selama ini aku sedar kehadiranNya tapi aku malas berkenalan. Rupanya Dia sangat dekat! Wallahi qareeb! Aku ajaib pada kuasaNya. Bagaimana sang rahib bisa bersujud setelah sekian lama mentigakanNya. Dan bagaimana anak yang kecil seakan mengerti seruanNya.


Tak tahu apa benda yang ditulis. (Ha ha)

Sedang menyambung tahun 3 pengajian. Belajar menjadi manusia. Apa itu manusia. Mengapa ada manusia. Dan kepada siapa manusia itu kembali.


Jenggg. Okbai. Marilah kembali pada Tuhan. Kerna Dia ada meski kita sudah tiada. 

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)