Wednesday 28 May 2014

Malaysia dan Jordan #part1

Bismilah wassolatu wassalam ala rasulillah.




Haaa disebabkan pagi ini bermain whatsapp dengan family dan tertypo perkataan 'kamu' jadi 'kau' dekat kakak so it really big thing kot yang aku kena terasa. Hahaha. Sampai mak balas...

"Org belajo agama kena tunjuk baik...sopan...adab.." #makdeep

Dan perbualan berkisar duit belanja dekat sini. Disebabkan tak puas hati dikatakan boros maka aku gagahkan tangan menaip pepagi lepas subuh untuk membuka mata orang-orang yang expect harga Jordan ni murah.


First sekali mari saya ajar berapa currency nilai ringgit dimata dinar Jordan.

Ikut XE Currency,hari ini 25 Mei 2014..

1 Jordan Dinar bersamaan 4.5329 Ringgit Malaysia.

Okay got it? Bagus.


Jom kenal Jordan dari segi teknikal.

Datang sini nak duduk 4 tahun,jadi memang kena ada rumah sewa atau syuqqah(bilik) tapi yang ni mahal. Untuk sewa rumah sekarang ni banyaaaaaak sangat rumah yang bersewakan harga 250JD dan keatas. Tapi macam saya alhamdulillah 190JD sebulan.


Nak main kira-kira....? So,berapa tu nilai sewa rumah saya kalu dalam ringgit?

190 JD = RM 861.2478 sebuah rumah dan dibahagi 4 berjumlah
47.500 JD = RM 215.3779

Ini tak masuk harga elektrik lagi. Sabor dulu..


Elektrik lagi satu hal. Tiap musim harg lain-lain dan paling melambung sekali masa winter sebab banyak pakai elektrik dari segi pemanas air,elektrik semua.

Purata bulanan selain winter, 25JD,RM 113.3221 dan kebawah.

Purata bulanan utk winter, boleh mencecah 50JD, RM 226.6442 dan keatas.


Ini untuk yang normal. Ketahuilah disini terlampau banyak perkara abnormal atau paranormal pon boleh? Ada sesetengah rumah Malizi dikenakan bil elektrik sampai 200++JD bersamaan RM 906.5766!! KATAKANLAH JORDAN BOLEH!


Abaikan emosi,hahaha biasalah budak-budak kata para ibu dan bapa.

Masuk pula kita dalm segmen perutku,hidupku. Duit bulanan rumah.

Contoh rumh saya..bagi perseorangan

47.500 JD untuk sewa dan air
22.500 JD untuk eletrik dan duit makan dan barang rumah(kalau cukup)
Total up---70JD sebulan untuk rumah.

22.500 JD ha dah convert sendiri penatlh nak convert tiap masa...untuk dibeli barang dapur dan elektrik.

Misal kata, duit elektrik 20JD+ bahagi 4 sama dengan seorang 5JD+

Ada baki, 17.500 JD.(individu)

Barang dapur?

Biasanya dua kali seminggu akan beli barang dapur dan pergi ke pasar ye bukan mall. Mall utk pelajar tajaan tinggi i.Allah.

Sekali beli, 20JD. Dua kali sebulan maksudnya 40JD.

Ada baki 10JD. Nampak banyak kan? -.-

Hakikatnya Tuhan dan kami saja yang tahu. 10JD akan habis dalam masa 3 minggu awal. Minggu terakhir muflis.

Nak cerita jugak....masa pergi pasar apa yang kitorang selalu beli sampai 20JD tapi bila dua kali sebulan 40JD lah semunya tu ialah cuma...

Ayam
Bawang
Beras
Cili kering
Minyak
Gula
Sayur

Yang akan terbeli di kemudian harinya menggunakan 10 JD yang berbaki akan diguna untuk membeli gelen air bersih,teh,kopi,sayur lain pulak,atau sardin atau spaghetti ke apa apa jelah.

Too details huh? Okay. Move it!


---


Masuk bab belanja dengan nafsu ataupun tidak?


Kalau tiap hari kelas mula pukul 8 dan anda seorang yang bangun dari katil dan bersiap setengah jam sebelum kelas. Ya, anda sungguh seperti saya -.- (sila ubah dan jangan ikut!)


Selepas kelas yang berderet dereeeett maka perut anda akan mengeluarkan bunyi yang sayup sayup namun cukup menggangu emosi! Haha. Dan bau syawarma di kafe universiti sungguh menyelerakan. Dan anda buka poket beg dan mencari-cari baki duit syiling untuk mengira cukup atau tak untuk membeli sebungkus syawarma! Yallah.

Dan semasa kau pulang ke rumah, mentol bilik rosak. Stok minuman 3in1 dah habis. Ubat gigi,sabun,syampu semua habis.Akhir bulan lah katakan.Maka, tanpa disedari 5JD atau lebih telah pergi tanpa disedari. Fughh.


Belum cerita laptop kau rosak tetiba ke. Charger phone rosak. Kaki kering? Dan perlukan lotion. Aaaaah bagai hendak menjerit dan berlari keliling padang!


Hidup tak pernah mudah ye anak-anak. Gaya redha habis.

Belum lagi masuk,birthday kawan-kawan.



I am seriously typically cannot spend money wisely right? Hugh.


At the end, nak cakapnya. Duit memang nampak banyaaak tapi bila dah guna puhpuh semua habis bayaq hutang,sewa dan benda-benda emergency yang selalu mengejutkan wang simpanan.


Buat anda-anda semua yang mahu ke Jordan. Prepare duit sebaik mungkin. Im talking on behalf pelajar persendirian yang biasa taraf hidupnya dan tajaan zakat negeri yang bersederhana dalam harta zakat :)


Anda tentukan nak jadi bagaimana. Dan selesaikan masalah kegawatan ekonomi anda! Belajar sunguh-sungguh dan jangan banyak belanja. Bersyukurlah masih ada yang mahu menaja/menyara anda di luar Malaysia. (selfnote plis)


Dan sekarang ni macam manalah ada hati nak balik Malaysia? Erkk.

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)