Wednesday 7 May 2014

Bed time story #1

Bismillah.


Jam sudah 12.55 pagi waktu Jordan.

Namun,mata ini masih biasa mencelik dan segar. Itu lumrah bagi manusia seperti ini <-- nbsp="" p="">
Maka, sangat sesuailah kan diberi tajuk entry bed time story. Ala ala kisah bantal peluk. Err.

Saya nak ceritalah sikit something sebab rasa dah lamaaaa sangat tak membebel dalam blog yang hambar ni. Heh.

Ok...now change to aku. Untuk mudah difahami uslub bahasa selepas ini.


---

Aku bukanlah orang yang nak cepat marah.
Tak. Bukan.
Aku bukan ahli ma.rah.
Aku cuba jadi ahli ra.mah
Eh.
Jangan kata aku tak ada perasaan.
Ahhh mana mungkin buta dan bisu perasaan?!
Itu anugerah Tuhan pada semua makhluknya.
Hatta sekecil semut.

Ya.
Kadangkala aku angin aku.
Diam.
Bangun.
Berjalan.
Dan adakala berlari.
Dan aku cuba elakkan angin berlari.
Kerana apa?
Kerana sekeping hati.

Aku dan dia.
Saling punya hati ♥
Maka, sebagaimana aku mahu hatiku dijaga.
Aku cuba menjaga hatinya.
Ya Allah.
Sungguh hati itu satu benda yang terlalu dan terlebih kompleks.
Bahkan lebih kompleks dari menara KLCC!

Hati.
Dia banyak main dalam kehidupan.
Sedar tak?
Dialah yang banyak mengawal tingkah kita.
Baiknya dia. Baiklah kita.
Buruknya dia. Buruklah kita.
Cuba kau buka hadith Rasul tentang itu.

Kau.
Pandai bermain airmata.
Aku jahil bermain emosi.
Kau.
Pandai meletakkan pisau ditepian.
Dan aku kudung dari mengalihkannya.
Kau.
Pandai berfatwa sendiri.
Dan aku bisu menasihat.

Aku tak pasti kenapa kenapa dan kenapa.
Mungkin hubungan kita dengan Tuhan ada rosaknya.
Aku tak tahu.
Aku doa moga aku dan kau boleh bersatu hati.
Aku bingung dan tertanya.
Kenapa kau seolah tak seperti aku?
Kau buat endah soal hati.
Kau fikir soal diri sendiri saja.

Adakala.
Aku memang kalah dengan syak wasangka.
Astaghfirullah.
Aku bersangka sangka.
Itu memang dosa aku.
Tapi.
Terdetiknya hati kerana apa?
Kerana cara kau.
Cara yang boleh membina kerak-kerak diatas jalanan bersih.
Dia seolah habuk yang menebalkan dalam diam!

Aku fikir perlukah aku menangis?
Aku bukan manusia yang menangis dengan mudah.
Jika menangis kerana manusia.
Mungkin kerana dia mati.
Tak kurang dari itu.
Sebab aku tahu.
Airmataku untuk Tuhan sangat mahal.
Maka mengapa aku rendahkan untuk makhlukNya?


Aku sedar.
Dan aku harap.
Hubungan kita kekal utuh.
Seutuh bangunan bangunan di bumi.
Seerat dedaunan dipohon.
Kita berpegang asas yang sama.
Cuma mungkin perkara cabang yang berbeza.


Awak,
Moga bahagia terus.
Dan moga kita mampu bawa amanah Tuhan.

Nah...

(33:72)

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.


Now, go to bed. BismikalLahumma ahya wa amut.

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)