Sunday 13 April 2014

Hati,hiduplah!

Hati. Moga kau terus hidup biarpun nyawa sudah tiada. Kerana hati yang hidup mampu menghidupkan hati-hati yang lain.


Jika kau tanya aku. Mengapa susah menangis? Mungkin kerana kau lupa pengakhiran kita. Mari aku ingatkan. Tiap hari kita seolah berjalan setapak ke penghujung. Maka, ikatlah kasutmu sekemas mungkin. Biar berpijak digarisan akhir dengan penuh iman. Ya Allah, malu rasanya.


Ingatlah kematian.

Bayangkan saat dikafankan. Bayangkan wajah pucatmu. Bayangkan juga pengakhiranmu. Baik atau buruk? Diiring mendung ke perkuburan. Disusuli esak tangis ahli keluarga. Atau mungkin juga senyum sinis puas musuhmu? Maka,jadikan harimu hari yang paling cerah. Bertaubatlah! Bertaubatlah. Bayangkan saja saat kematian. Sungguh kematian itu peringatan yang sungguh mujarab. Biar diejek jadi baik. Biar dihina jadi alim. Apa kau fikir mereka itu ahli syurga? Belum tentu.


Ya Allah. Ampunkan kami. Ikhlaskan hati kami. Moga Kau terima ibadat kami.


(In the exam mode. Perasaan ni selalu datang. Moga makin hidup hati ini. Ameen)

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)