Wednesday 19 February 2014

Puisi : Alam kedua

Hidup.


Satu derap langkah kau gerakkan.
Itu tandanya engkau hidup.
Guru aku kata hidup itu bergerak.
Mati itu kaku.
Ya,dan kita masih hidup.


Tidakkah kau tertanya.
Bila kita akan terus hidup?
Persoalan yang punya jawapan paling sulit!
Maka,apa lagi yang kau ciptakan?
Angan-angan di angkasa yang masih belum tentu kau gapai?
Atau lari menuju pelukan hangat Tuhan?


Untuk kali yang kesekian kalinya.
Engkau bangun dari lena.
Mata terbuka setelah melepas lelah badan.
Masih lagi kau gelum sedar kasih Tuhan?
Wahai, itu mati kecil namanya!


Andai mati kecil itu telah buat kita lemah.
Buta dari dunia fana.
Lemah dari segala gerakan.
Pekak dan bisu dari berkata.
Bagaimana jika mati yang sebenar?


Teruskan menepuk-nepuk hatimu.
Tanyakan.
Bila kau mahu kotakan janji?
Janji menjadi hamba yang soleh/ah.
Biar tunggu mati menjemput dulu?


Jangan biar engkau takut dengan mati.
Tapi biar mati yang segan menjemputmu.
Segan untuk menjemput bakal ahli syurga.
Ya,syurga.
Suatu dunia yang engkau akan sedar.
Betapa dunia ini hanya cebisan mancis darinya,


Tanya lagi.
Hingga kini.
Berapa banyak sudah kita siap?
Menukar dan menyalin iman yang lusuh.
Untuk tampak wangi dan ceria disisi Tuhan,


Soalan akhir.
Bahagiakah kita nanti?
Berjumpa Tuhan dalam petak tanah yang gelap.
Disisi serangga yang berbisa,
Disoal bertubi tentang hidup.


Kerana kala itu hidup sudah tiada.
Kini,mati itu depan mata!


Allahul mustaan.




Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”


-----


Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah SWT. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah SWT.

Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah).



-----



Aku coret supaya aku tahu bila saat aku lemah dan hanyut aku ada sesuatu untuk ditoleh dan dimuhasabahkan.

Maka, tidak mahukah kita mendapat kematian yang mulia?



Irbid,Jordan.
19022014.







No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)