Wednesday 11 December 2013

Aku , Kau dan AlHaq !

Bismillah..



Hak atau حق adalah satu perkataan yang selalu digunakan ramai untuk menentang atau mempertahan sesuatu. Tapi bagi aku, ada satu benda yang orang tak tahu tentang hak. Iaitu hak yang tertunggak, tak tertunai.


Bagilah apa saja cerita nescaya akan ada pihak yang mendabik dada bahwa dialah paling benar dan satu lagi pihak akan lantang berdiri menentang pihak sebaliknya.Itu lumrah.Memang hak ada yang berhak.


Satu benda yang aku rasa aku paling belajar dalam usrah ialah pasal hak-hak yang tak tertunai. Sebelum tu, apa maksudnya hak-hak yang tak tertunai? Okay mari kita tengok lebih dekat.

1. Hak pada Allah
2. Hak pada diri sendiri
3. Hak pada ibubapa
4. Hak pada pelajaran/kerja
5. Hak pada ahli (keluarga,rumah,kelas,jiran)
6. Hak pada tempatnya ( rumah, universiti, sekolah, bilik, studygroup, restoran, dll)
7. Hak pada sekeliling ( pokok, haiwan, manusia, perhiasan, barangan dll)

Rasanya semua maklum hak yang bagaimana, tapi saya akan bagi contoh juga.

Hak pada Allah, solat diawal waktu,sentiasa istighfar(cara mudah untuk ingt Allah), tutup aurat, dll

Antara facebook dan solat. Mana lebih berhak?
Antara games dan solat. Mana lebih berhak?

Hak pada diri sendiri, jaga penampilan, kebersihan, kesihatan,pemakanan, pengurusan masa, pergaulan, percakapan, tingkah laku yang baik dll

Hak pada ibubapa, bahagiakan mereka, taat dan redha dgn mereka, minta maaf dan berterima kasih, jadi anak yang soleh/ah, doakan mereka dunia akhirat dll

Hak pada pelajaran, pastikan ilmu diberkati, keputusan membanggkn, tunaikan kerja sekolah, study first minute! Score subject.

Hak pada ahli, jalankan tanggungjawab sebagai ahli dengan baik, memahami dan sentiasa bersangka baik, kawal perasaan marah, jaga kebajikan ahli, jaga hati mereka!

Hak pada tempat, jaga kebersihan, jaga suasana, kemaskan semula selepas guna, hadir pada waktunya(universiti) , pastikan tempat itu sedap mata memandang, buang sampah tengah jalan dll

Hak pada sekeliling, senyum bila berjumpa, tak menunjukkan kekasaran dan kebencian pada binatang, layan seadanya, pelihara kesejahteraan sekeliling, berperangai sopan dll


Itu hanya secebis huraian. Terlampau banyak untuk digali satu persatu. Tapi yang paling terkesan ialah hak pada diri sendiri. Kita adalah tuan untuk insan bernama sendiri. Silap pada hak kita, banyak lagi silap pada hak-hak yang lain. Misal kata, sepatutnya kita patut bersabar dan berkata baik tapi disebabkan sebaliknya maka hak pada lain-lain tertunggak atau tak tertunai. Hati orang yang mendengar perkataan kita resah, marah dan sbgainya. Hak kita juga sepatutnya menjaga kebersihan sebilik atau serumah tapi disebabkan sebaliknya ia mengganggu pergaulan yang harmonis.

Belajar sekarang atau jadi bodoh kemudian.

Biar ditegur sekarang, biar malu sekarang sekurang-kurangnya kita ada satu peljaran yang kita boleh ajarkan pada orang lain pula.

Alhaqq huwal haqq. Kebenaran itu sentiasa yang benar! Tapi orang kata kebenaran yang tak tersusun boleh dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun. Maka, susunlah kebenaran dan hak2 itu sebaiknya. Mogaa Allh sentiasa membenarkan langkah dan tingkah laku kita.

Lihatlah diri dan sekeliling. Sekarang, adakah aku memberikn hak yang sepatutnya? Atau aku tak menunaiknnya dengan baik?


Allah yuftah alaikum. Bissalamah.Tunaikan hak kita dan mereka.

Irbid|10122013|Selasa|Winternight






No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)