Wednesday 20 November 2013

Jimatkan masa

Bismillah walhamdulillah :)

Masa yang Allh kurniakan pada kita semua sama. Tiada yang beza melainkan kita sendiri yang membezakannya.




Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)




Ya Allah, sungguh masaku telah Engkau tetapkan . Bilangan udara juga telah Kau tetapkan. Jantung yang mengepam telah Kau catat riwayatnya. Ya Rabb, matikan aku dan ahli keluarga serta sahabat handai dalam husnul khatimah.

Jadi, masa yang berbaki ini, jom kita guna untuk perkara yang bermanfaat untuk ummah. Kurangkan sense untuk terasa hati dalam perselisihan. Amalkan budaya saling hormat menghormati. Mudahkan maaf. Usah dipendam kata-kata kotor. Bersihkan dengan istighfar. Ya, kita tidak ada masa untuk bermanja dengan diri sendiri. Tiap masa dan ketika kita harus berlapng fikiran dan dada dalam menghadapi pelbagai situasi. Ketahuilah, perasaaan ini kadangkala tempat iman bermanis-manis dan juga kadangkala tempat nafsu meduduki tahtanya. Kita pilihlah yang terbaik. Usah dibiar kealpaan pada ukhuwwh yang lebih utama dari perasaan yang enth mana hadir ketisaksedapan dalam berukhuwwah. 

Ma sya Allah, ingatlah usia muda ini adalah nikmat yang paling besar untuk kita mudah beribadah. Luangkan masa dengan Rabb dengan lebih. Mudh-mudahan Allah akan mempermudah segala urusan kita dunia dan akhirat.

Moga ukhuwwah terdakap dalam redhaMu.


Genta rasa sang jiwa seorang perempuan,sahabat,adik,kakak,pelajar.

Allah yubarik fikum jami3an :D




20112013 | Irbid,Jordan




No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)