Wednesday 9 January 2013

Tanah basah warna merah.

Bismillah walhamdulillah,

Alhamdulilllah alhamdulillah.Masih diberi kekuatan jiwa dan fizikal serta nikmat sihat dan masa lapang.


Tanah basah warna merah.Apa tu?







Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).



Baru-baru ini,ayah sahabat saya baru saja meninggal dunia.Allah,sedihnya.Dia memang dah rancang nak balik Malaysia 10.1.2013 ini tapi apakan daya.Allah tak mengizinkan.Mungkin itu lebih baik.Sudahlah sedang berjuang untuk imtihan nihaie.Allah,peritnya utk terima kenyataan ini. T_T

Kematian orang yang tersayang sangatlah ditakuti oleh para musafir ilmu di perantauan.Berjauhan beribu-ribu batu dari Malaysia.Ohhhh,perit !

Mati itu pasti.Maka,kita perlu sentiasa bersedia.Persiapkan amalan untuk ke syurga sana.In sya Allah,walaupun tak mampu nak buat banyak pahala.Kita hindar dari buat dosa.Tiada yang mustahil bagi Allah untuk manusia.Sesiapa yang Allah kehendaki ,dialah yang terpilih untuk ke syurga.


Semoga ayah Safiah Mohamad tenang di alam sana.


No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)