Wednesday 9 January 2013

Ingat senang ke nak ISTIQAMAH? Heh.

Bismillah walhamdulillah.

Apa khabar iman hari ini?

Sudah selawat hari ini?

Kalau belum,jom.Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alih.


Alhamdulillah.Rasa fresh kan?








ISTIQAMAH?

Tough kan? Bukan senang nak istiqamah.Nak teruskan amalan-amalan sunat tu.Erghh mesti ada rasa macam nak marah-marah diri sendiri kan? Tambah-tambah bila tak ada siapa yang nak support.Kita sensorang je yang buat amalan sunat tu.Bersabarlah.Ingat kalam Allah.



Surah al-Asr.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian.Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan keBENARan dan keSABARan."




Kalau dulu di sekolah,mudah je kan kita nak solat sunat.Macam-macam solat sunat kita buat.Yang kita tak pernah buat pun kita buat.

Misalnya,solat sunat TASBIH.Fuhh,solat ni.Memang susah sangat nak buat.Sampai boleh tertidur-tidur kan masa sekolah? :D

Tapi itu contoh yg extreme lah.Memang jarang-jarang pun orang buat.Contoh senang,baca Quran je pun.Dulu,sebelum solat Maghrib sibuk baca sampai habis satu juzuk.Sekarang,satu muka surat pun susah kan nak baca? Tanya diri kita.Mana iman yang dulu? :'(


'Ma'thurat-Al-Mulk-Usrah-Dhuha-Tutup aurat dengan sempurna-Ikhtilat'


Cukup contoh-contoh di atas. Ada masalah tak? Kalau ada,rawat! Orang yang menaip ini juga ada yang lemah .Maka,kita rawat sama-sama!

Bandingkan kita yang DULU dan kita yang SEKARANG.

Truthly, sedih sangat tengok kawan-kawan yang semakin lama semakin pendek hijabnya.Semakin lama semakin rancak bermesej-mesejan dengan ajnabinya.Semakin lama semakin kerap keluar dengan ajnabinya.Semakin lama semakin.................?


Kamu sahabatku,jika berseorangan di tempatmu.Jangan lupa kamu berdua dengan Allah.Biarlah orang menghina kita yang kononnya kolot mempertahankan sunnah.

Kamu sahabatku,jika diajak bersosial.Jangan lupa titipkan doa penguat hati.Semoga Allah jaga hati kita.

Kamu sahabatku,jika berkawan dengan kawan-kawan yang buta tarbiyyah dan dakwah.Jangan lupa pimpin mereka ke sana.

Kamu sahabatku,jika rasa diri lemah.Jangan mudah rasa kalah.Tapi rasalah kamu perlu mencari langkah.

Kamu,kamu,kamu.Aku juga mahu sama-sama bersama kamu dalam istiqamah.Agar kemanisan iman itu dapat kita kecapi.Tazkirah di malam hari.Tanbiyah yang tinggi terhadap ahli.Namun,Allah gerakkan kita berlainan tempat supaya kita bijak merencanakan wasilah terbaik untuk dakwah.Supaya kita tak berat hanya pada tarbiyyah.

Kamu...dengarlah rintihanku ini.Aku sayangkan kamu kerana Allah.Jangan lelah dalam melangkah.Sama-sama kita kuatkan diri untuk istiqamah.

AKU JUGA LEMAH DALAM ISTIQAMAH !




'

2 comments:

JePo said...

Sama juga di sini. terasa lemah dalam istiqamah. sama2 kita berusaha in sya Allah..

Aqilah Ahmad said...

Jom istiqamah sama2 tasneem :)

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)