Sunday 26 August 2012

Kisaran azam.

Bismillahirrahmanirrahim :)


This entry seriously for those who take SPM this year! Esp my juniors!

--------------------------------------------------------

Firstly,entry ini cuma satu perkongsian dari seorang senior yang pernah melalui rencah anak didik SPM.Yeah,tak dapat dinafikan macam-macam benda kita nak buat selaku senior kat sekolah kan? Tapi ada satu agenda terbesar dalam tahun itu.SPM!


Trial hari itu bagaimana?
Result trial?

Stop.I can feel that some people hate that question right? Same as me last year.Aku bukanlah orang yang hebat pun nak berkongsi kisah lalu,cuma mahu dijadikan semangat dan motivasi buat anda yang rasa 'down' dengan result trial baru-baru ini.

Ini kisah saya ^^

-------------------------------------------------------------------------------

Trial SBP.Terasa satu beban jatuh berdentum atas kepala.Terasa betapa beratnya ujian nan satu ini.Bukan kerana aku tak belajar.Cuma aku kurang belajar.Subjek sains dan Add Math seringkali berlegar memusing minta diperhatikan.Aku sekadar mengikut sehingga bingung dan buntu untuk memberi kasih pada yang mana satu.Bila ku buka subjek Biology,subjek Physics membisik.Dibuka buku Physics,ku teringat formula Kimia yang perlu dihafal.Arghhhh! Stressnyaa! Seminggu lagi dah nak exam.Aku tengok sahabat-sahabat lain sibuk membaca dan mengulangkaji pelajaran.Aku? Masih mampu bertenang dan runsing sendirian.Orang melihat aku berkeyakinan dan sangat berkebolehan untuk melunaskan dendam ilmu pada trial SBP itu.

Kini,bermulalah trial SBP yang sangat tak dinanti! Aku berserah bertawakkal sepenuhnya pada Tuhan.Betapa banyak usaha aku,itulah yang aku akan dapat.Semua subjek aku tahu bagaimana cara aku menjawabnya.Dan saat sahabat-sahabat bertanya tentang subjek sains dan Add Math.Aku hanya mampu tersenyum.Hakikatnya Tuhan saja Maha Mengetahui betapa aku menangis sendirian dalam hati.Rintihanku dalam doa dan sujud terakhir.

Keputusan trial SBP keluar dan alangkah 'gembira'nya hati melihat keputusan itu.

1A.3B.1C.2D.3E

Remuk.Pecah berkecai hati.Tapi sahabat-sahabat saling melengkapi.Dipenuhi kata-kata semangat.Dan aku tempuhi sekali lagi trial JPNS.Dengan kesedaran yang meningkat.Aku berlatih siang malam membuat latihan.Hasilnya ^^

5A.2B.2C.1D.1E

Seriously,nampak tak teruk dan rendahnya result aku.Semua orang duk tanya result kawan-kawan.Aku bukanlah seorang yang gemar berahsia.Aku cakap Alhamdulillah 5A.Cukuplah itu sebagai pengenalan result trial selebihnya aku saja yang tahu.

Perjalanan sebagai anak ranjau musafir masih diteruskan.Kini,aku semakin tertekan.Guru-guru mula membuat analisa subjek dan kelas.Ya,dan sekali lagi.Kelas aku tercorot diantara keduabelas kelas.Down lagi.Kelas jadi kelam.Semua membisu setelah pulang dari taklimat analisa.Semua memuhasabah diri.Koreksi diri.Aku tambah-tambah lagi.Dan pada result trial JPNS itu aku adalah perempuan terakhir kedudukan dalam kelas.Betapa malu dan perit.Tapi Allah masih sayangkan aku.Ku biarkan perkara lalu sebagai satu azimat.Aku tak perlu result lalu menghantui.Aku perlu cara belajar yang baru.Yang cepat.Aku sudah kesuntukan waktu.

Pengalaman menjadi 'anak emas' bagi semua subjek-subjek yang ada program itu sangatlah menobatkan aku sebagai pelajar paling 'BEREMAS' di sekolah itu.Setiap kali jadual anjal untuk subjek 'anak emas'ku,aku akan bersedia mengemas barang dan mendengar guru mengumumkan namaku.Ya,malu.Biarlah orang pandang serong.Aku KP.Ahli Majlis Tertinggi lagi.Tapi aku biarkan saja.Aku sudah lupakan perkara lalu.Aku punya masa depan yang perlu kucerahkan kembali.

Sejarah,B. Pendidikan Syariah Islamiah,B. Biology,E. Kimia.E. Add Math,E.*semua ambil dari result trial SBP.

Semua ini adalah subjek yang dibuat program 'anak emas'.Aku cuma terkecuali untuk subjek B.Arab.Alhamdulillah :)

Bayangkan tatkala itu,aku perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap semua subjek.Terasa bagai mahu melepaskan diri dari seksa yang kualami.Namun teringat ibu bapa yang susah payah menghantar menanggungku disini,aku cuba yang terbaik.Aku bukan jenis yang mudah mengalirkan air mata untuk mengadu pada manusia.Aku suka berlagak tabah.Nampak pandai.Paling sedih masa naik dorm adik-adik.Mesti mereka akan tanya result trial.Dan kedua-dua sahabat KP aku adalah pelajar pandai.Trial 10A.Aku 5A? Itupun banyak anak emas.Tapi aku tak pernah mendedahkanpada mereka.Sehingga pernah satu masa mereka mendapat cerita yang trial aku straight A.Tahniah pada yang bercerita.Aku terharu.Langsung tak tersinggung.Aku senyum dan berkata in sya Allah :)

Ranjau semakin berliku.Guru-guru semakin komited menyampaikan tips-tips dan ilmu.Sungguh aku kesal dengan diri yang tak pernah menyelami rasa hati seorang guru.

SPM tiba,semua kertas aku jawab dengan penuh tawakkal.Walau hati masih terimbau kisah semalam.Akhirnya,aku selesai menjawab semua kertas! Alhamdulillah.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Keputusan SPM diumumkan,aku resah.Aku berdoa dan bertawakkal agar diberi yang terbaik.Moga-moga Allah membalas semua usahaku dengan A.

7A.2B.2C !
1A+,4A,2A-,1B+,1B,2C+ !
Semua subjek bukan sains dan Add Math mendapat A!

Add Math dari E ke B+
Kimia dari D ke C+


Aku akui walaupun tak sehebat mana.Sekurang-kurangnya aku berjaya menghilangkan D dan E dari slip keputusan aku.Bukan mudah untuk aku dapatkan B+ untuk AddMath yang sangat susah bagiku.Maka,kepada Allah juga aku letakkan keredhaan.Menangis itu satu tanda kita bersyukur dan gembira.Sahabat-sahabatku yang dahulunya diatas kini ada yang dibawahku.Dan aku sangat yakin bahawa aku bukanlah pelajar perempuan tercorot dalam kelas itu lagi.

Kini,aku ditawarkan ke Universiti Yarmouk,Jordan.Bidang Bahasa Arab.Dan aku sudah target untuk A dalam semua subjek kecuali subjek sains dan Add Math.Allah mengabulkan permintaanku :) Terima kasih ya Allah! 

SELAMAT BERJUANG ADIK-ADIKKU ! AMBILLAH 'IBRAH DARI KISAH INI. 

INILAH HADIAH AKAK KEPADA ENTUM SEMUA !

ONE KEY TO SUCCESS IS PUT OUR TRUST AT ALLAH.

P/S: Jangan rasa lelah dengan ujian yang Allah berikan.Semua terpulang pada diri.Kalau akak boleh buat,adik2 yang pandai dari akak mesti boleh dapat staright A kan? i.Allah :D





No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)