Wednesday 16 January 2013

Karat-karat Jahiliyyah.

Bismillah walhamdulillah.


Hari ini seperti biasa rutin cutiku sangat lapang dengan masa.Menghirup nafas dalam bangunan sangatlah tidak sihat.Sehingga mataku ini tiba-tiba bengkak gara-gara alergi yang tak dapat diketahui.Uhh.Tentatif hidup yang langsung tak teratur seakan-akan menghancurkan masa depanku sedikit sebanyak.Tidur,buka latop,makan,solat dan pusing-pusing tang situ juga!

Stress pun ada bila cuti ni tak ada kelas dan pergerakan yang aktif.Hehe.Maka, aku perlu melancarkan kempen RAJIN untuk diri aku terutamanya supaya membuka kitab Arab dan fahamkan.Baca buku 'ammiyah Jordan dan amalkan.Membaca buku sejarah-Mustafa Kamal Ataturk(dalamproses).Memasak pelbagai makanan supaya ada softskill di situ ya. Ehem. Menjahit tudung-tudung yang dibeli. Menimba ilmu dan 'ibrah dari Jaulah Jordan nanti dan banyak lagi yang perlu aku rajinkan!

Aku lihat mudahnya orang lain untuk rajin.Mudahnya mereka bangun pagi dengan muka berseri dan jalani kehidupan dengan gembira tanpa bosan.Mudahnya mereka rajinkan diri dalam kesejukan ini.Mudahnyaaaaaaaaaaaa! >.< 

Aku ini jika dibiarkan wabak TAK RAJIN melanda diri ini maka KANSER MALAS akan merebak dan membunuh jiwa dan pembuluh hatiku.Tiba-tiba teringat artikel jahiliyyah seorang daie.Jahiliyyahnya daie itu bila dia menghabiskan masa lapangnya dengan menonton movie-movie yang tak memberi kesan islami dalam dirinya.Jahiliyyahnya daie bila dia menghabiskan masa lapangnya dengan facebook dan laman sosial yang seangkatannya.Jahiliyyahnya seorang daie bila masa tidurnya banyak terkorban daripada qiyamullailnya.Oh jahiliyyahnya aku -.-' . Jahiliyyah itu sesuatu yang bukan Islam.Means, apa yang Islam tak ajar itu JAHILIYYAH. Maka, Islam dan jahiliyyah tak akan bertembung pada mana-mana titik pun. 

Sedih.

Moga Allah redha dengan sedikit kesedaranku ini.Dan moga hari esok akanku sinari dengan tentatif yang telah aku susun.10 Muwasafat Tarbiyyah tampal besar-besar dalam bilik pun tak ada guna kalau tak buat kan Qilah? *smash*



Diri ini masih belajar :(  Faitza 'azamta fatawakkal 'alaLlah .


No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)