Sunday, 9 September 2012

Helang mahu terbang !

Bismillahirrahmanirrahim :)

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihh.





Dulu aku hanya seekor pipit yang asyik menguis-nguis tanah,
Mencari makna sabar dan tarbiyyah dari Allah,
Aku hilang dalam dunia sendiri,
Sedar diri yang tak mampu terbang tinggi seperti helang,
Aku sering direndahkan,
Punya banyak kelemahan,
Tak berani terbang tinggi.

Kini akulah pipit yang menjadi helang,
Redha dengan takdir membuahkan hasil,
Aku mencari hala tuju sebenar,
Sedar aku harus bangkit dari lemah,
Aku teruskan terbang,
Biar mampu bersaing bersama helang.

Kini awan makin hampir kugapai,
Biarpun mustahil untuk dicapai,
Aku teruskan perjalanan hidup,
Mencari makna tersurat disebalik yang tersirat,
Aku lihat banyak pipit sepertiku,
Terbang tanpa mengendahkan cacian,
Akhirnya sampai ke puncak impian.

Wahai pipit-pipit yang telah menjadi helang.Jangan ada rasa riak,takkabur dalam diri.Kerana dulu kita sama-sama pipit yang belajar untuk menjadi helang.

Kita ini bukan helang sembarangan yang boleh ditangkap oleh tangan jahiliyyah.Kita helang berilmu.Kita helang agama.Maka,sebarkan agama itu sebagaimana kamu menyebarkan sayap untuk terbang.

Ayuh sahabat,kita bersama dalam agama.Bersatu dalam berdakwah.Bukan mudah tapi tak boleh dimudahkan.

"Innal bughata biardhina yastansir"

Aku juga helang yang lemah,perlu dikuatkan dengan ukhuwwah.Moga persahabatan kita yang berhijarh dari pipit ke helang menjadi qudwah !


Li takhrij al-qadatil muttaqina wal muthaqqafin.
p/s:Helang yang menulis ini mahu terbang ke bumi Syam.Doakan perjalanannya :)

3 comments:

nursyaza zainal said...

wahai pipit sahabatku yang sudah setinggi helang terbangnya...jagalah niatmu di sana nanti...sahabatmu ini lepaskan mu, bukan dengan rasa sedih sedikit pun..tapi dengan harapan..kerana aku yakin akan terpancar sinar annur itu nanti di sini seluas-luasnya..melaluimu..jaga diri ya.. :) <3
#tipula kalau saya tak rindu awak..

Husna Ridzuan said...

Coretan cuna di sini:

Buat sahabat yang sangat dikasihi kerana Allah Taala, dalam tidak kita sedar sudah banyak yang kita lalui bersama sebagai musafir ilmu di bumi Allah ini. Dulu, kita hanyalah pipit yang terbang tanpa arah tuju di balik rimbunan pepohon yang rendang. Sayapnya kecil, jangkauannya terbatas. Kini, anak helang kita semua, biarpun masih lagi mentah dan tidak mengerti, sekurang-kurangnya kita dapat mengibaskan sayap yang lebar dan terbang tinggi lebih tinggi. Walaupun belum dapat menggapai langit di lapisan yang teratas sekurang-kurangnya kita dapat menyentuh awan di hadapan kita setakat ini. Bukan bererti kita terbang berlegar sahaja di takat itu, sudah pasti kita akan terbang lebih tinggi dan tinggi lagi apabila kita benar pasti jadi helang suatu hari nanti.
Bend yang sangat aku sayang. Belajarlah dengan bersungguhnya kerana agama kita ini, saudara seummah kita ini sangat sangat perlukanmu. Lebarkan sayapmu sayang, terbanglah mengembara di bumi asing untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang sangat bernilai. Kemudian kembalilah, bersama-sama kita gilapkan kembali permata Islam yang pudar di kala ini =)

Aqilah Ahmad said...

Thanks shbt2 :) in sya Allah !

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)