Tuesday 14 August 2012

Jasamu Dikenang @ KISAS

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahah,satu lagi post yang lambat sebulan.Haha.Biarkan.Walau terlewat tetap mahu ku tulis tentangnya :)

Bergerak kira-kira jam 5 petang dari KMPk.Menaiki kereta sewa ke Stesen Keretapi Ipoh dengan penuh kental dan gagah.Melangkah keluar kereta sewa dengan penuh misi.Menuju bumi tarbiyyah bumi dakwah.Klang....Here we come ;)

Tiket pukul 5.45.Ok ek ok ekk.Selamatlahhh naik tren pukul 6++.Dahlah tak dapat naik ETS.Huhhh.Pastu,tiket KTM biasa ni pulak RM40 !

Merepek! Dapat seat VIP ok?! Sebab tu, RM 40.Aku nampak duit tu bersayap terbang tinggi melambai kearahku.Lihatlah seat kami.*Laptop tu hakmilik sendiri bukan KTMB.hehe.



disebabkan naik tren first class dapatlah sepotong kek pisang dan air mineral. *novel hak milik gue :)




Dah malam weh, bila nak sampai KL Sentral?




Aku pun dah tak larat nak tidur.

Akhirnya kami sampai ke KL Sentral tepat jam 10.00 gitu.Menaiki tren KTM ke Klang yang mengambil masa sejam wehoiii.



Tinggal aku dengan Yan je tak tidur.Amboi Yan khusyuk nau tengok Tom and Jerry pukul 10.HAHA.

____________________________________________________________________


SAMPAI KLANG! 

Menaiki teksi jam 11 malam.Serius aku tak pernah buat.Advanceee! Dapat harga murah pulak.hihi.Konon RAMAI ex-kisas nak tidur sekolah.Sekali muslimat kitorang je.Yes! conquer weh bilik sakit.Hoyehh!
Berjalan kaki dari kedai tepi ASPURA jam 12 malam.Phewww =='.Sekali lagi advance! Dengan bawa beg bagai.Errrr.Alhamdulillah untung terserempak Us.Ismail masa nak masuk pagar sekolah.Rasa macam nak lompat.Seronok weh! Tak adalah orang nak kecam perbuatan kami kan?

Dahlah penat.Pakcik guard dok tanye bukan-bukan pula masa tu.

P.Guard: Siapa yang nak kahwin sini?
Aku: Siapa pula nak kahwin pakcik? Semua solo =='
P.Guard: Yeke? Selalu budak KISAS kahwin awal
Aku: Ha'ah,semua dah kahwin.Lupa nak cakap,laki semua dalam sekolah.LOL! 

Malas dah nak layan pagi-pagi muda tu.haha.Berjalan kedalam sekolah sambil mata memerhati tatarias Dewan Al-Muttaqin wal Muthaqqafin.Huhhh.Biru putih.Nice :) 

Selepas itu,menuju asrama.Nampak Omar lari terkedek-kedek.Anak Ustazah Rodziah.Amboi ligat dah dia! Minta izin ustazah pula nak tidur asrama.Yeay,alhamdulillah.Lancar :)

Malam itu,malam bersama stayers! Sembang tak ingat masa! Dah pukul 2 pagi baru nak tidur.Rindunyaa! Dapat halaqah al-Mulk hari tu.Rewind balik semua ayat-ayat kisas.ahha !

Baik.Dah tak larat nak ceritalah.Korang tengok je lah apa yang berlaku esoknya ye!!

Kalau gambar macam bukan dekat sekolah tu waktu dekat rumah us.Sheikh :)

Maaflah gambar sangat random *.*



ce teka sape pakai purdah tu?














adik-adik sekolah lame :)

stayer-aisyah z

stayer-khalis

tiada niat ;)

anak-anak ustaz

gambar ni kena kecil sikit

khusyuknyaaaaa!


bahagia weh dapat makan!


heaven! masakan morocco :)

stayer-khalis dan dilah

yeayy! nak balik.tetiba jadi duta.uhuk3

kamera sekolah weh.banyak gila kamera time ni.terasa glem ;P

gambar selanjutnya disini.

Akhir kata,KISAS banyak menabur menyemai bakti kasih pada diriku dan sahabat-sahabat kerana itu kami sentiasa rindu bila berjauhan :)

Innal bughatha bi ardhinal yastansir.Pipit yang keluar dari bumi itu menjadi helang :) Wallahu'alam

*UiTM PALAM,UiTM Shah Alam,UiTM Puncak Perdana,UIAM,Kolej Matrikulasi Perak :)*

4 comments:

Nashihin Zamree said...

rasa seronok baca!

Aqilah Ahmad said...

nashihin :)

seronok lagi org yg menulis.heheee

Heus Reedz said...

jeles hmpphhh ^~^

Aqilah Ahmad said...

Jangang jeles.hmmmpph

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)