Tuesday 17 January 2012

Musafir ke MELAKA-SELANGOR-PERAK..=) (PART 1)


bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah...lenguh kaki badan ini merantau negeri orang selama 2 minggu..
Alhamdulillah hidup menjadi pengembara ilmu tamat Ahad lepas.Hmmm..merantau 3 negeri dalam satu masa.Kau memang rajinlah!Duit pun dah nak nipis..Tapi apa-apa pun thumbs up untuk kaulah Qilah!biarlah nak puji usaha sendiri kejap




Sebenarnya,merantau ke Pondok Baitul Qurro' wal Fuqaha'-KISAS-I-City....Haha..rasa macam pergi holiday package kejap.So,kalian disini memang akan ada 3 cerita dalam satu masa.Nak tahu baca sampai habis.




JOURNEY 1-PONDOK BAITUL QURRO'


Alhamdulillah...akhirnya selamat tiba di pondok yang memang tak macam pondok ini waktu orang tengah solat Isyak.Memang kosonglah pondok itu,ingatkan pergi mana.Suspen..ingatkan salah masuk rumah orang ke ape.Memang kalau first time pergi macam saya,agak teruja di situ.Pergi buka segala pintu yang ada kat pondok itu.Hehe..


Malam itu memang penat,bermusafir dari Kampar-KL sentral.Naik tren ke TBS.Dari TBS ke Melaka Sentral.Dari Melaka Sentral ke Baitul Qurro'.Huhhhh!!Siapa cakap tak penat memang Boboiboy lah!
Lepas itu,berta'aruf dengan ahli bilik.Masa itu,barulah tahu yang pondok itu ada pelajar rupanya.Ingatkan pelajar-pelajar daurah saja.Ok.One special thing is Purdah!Love it!Then,dalam bilik itu,ada 3 orang budak pondok,Kak Fatimah,Nabila dan Fatin.

Hari esoknya,bermula episod Ba Wau Sin Nun~~Alahai..menyesal tak bawa satu buku pun!Kelas tak mula lagi.Hah..tapi episod ini sekejap saja tak sampai 100++ macam sinetron Indonesia itu.Sehari cukup!Kali ini memang waktu yang paling seronok.Bertaaruf dengan pelajar-pelajar daurah.Rupa-rupanya bukanlah KISAS saja yang pergi.Ada pelajar SMKAKL,SEPINTAR,SMKJK,SMKA PEDAS/nama barunya tak ingat..MAAHAD MUAR..dan lain-lain!Seronok mengikat persahabatan atas nama ilmu.

Lepas itu,pengagihan tugas dibuat oleh urusetia tercinta.Khalis~Dan saya serta ahli bilik yang sekepala dapat tugas masak breakfast!Okay2!memang tugas yang berat sebab kena lawan nafsu tidur.Kan Nana Zaki dengan Anis Izzati?!haha..Ada sekali itu,beria-ia saya call mak tanya resipi nasi lemak.Jadi memang jadi.Alamak,nasi tak cukup air lah.Tambah dengan idea macam merepek dari Seha.Haha.Tambah secawan beras dalam periuk nasi yang tak jadi.Mengharapkan nasi tak jadi itu perasan kehadiran beras baru dan mahulah masak.Memang taklah!Breakfast paling lambat waktu daurah 9.30 pagi.Padahal lepas Subuh memang duduk dapurlah.Berpenat lelah menyelesaikan misi NASI LEMAK!!Memang rasa nasi itu tak jadilah..tapi mereka semua masih puji.Ambik hatilah kan..hehe..Tahniah!Anda berjaya habiskan ketujuh-tujuh talam sebab dah lapar sangat kan?!


Lepas itu,ada pula kenangan terindah dengan adik pondok yang sweet.Haha.Tak sangka ingatkan dia brutal sangat rupa-rupanya hatinya lembut macam kapas.Best!Best!Nabila....akak masih ingat betapa rajinnya kamu masak cucur,lempeng untuk kami yang tak tahu nak kenyang bila tengah malam.Habis saja daurah,dia menangislah pula..!Memang tak sangka!Nabila yang kami kenal sanggup call kami(sambil menangis ok!) dalam otw nak balik rumah guna handset Khairiyah.Hmmm..memang kami takkan lupalah kamu Nabila!


Kelas bermula,maaf cerita kelas baru nak mula...hehe..
Kelas Tauhid,kelas yang membincangkan mengenai tauhid melalui kitab al-kharidah al-bahiyyah..Mantap!
Tauhid terbahagi kepada tiga: Uluhiyyat(ketuhanan),Nabawiyyat dan Sam'iyyat.Dan ilmu-ilmu tauhid memang banyak!MasyaAllah..Engkaulah Maha Kaya dengan ilmu!Us.Zulkifli yang mengajar kami.Macam=macam cerita.Pernah sekali itu,kelas mula pukul 12 malam!Habis nak dekat pukul 2...haha..balik kelas masuk dapur merayap cari makanan.


Lepas habis kelas Tauhid,masuk pula Kelas Feqah..Us.Shauqi yang mengajar kitab Safinatunnaja(Bahtera penyelamat..kalau tak belajar tak selamat..hehe)Perbincangan isu-isu feqah bermula dengan pelbagai persoalan.Ini feqah menurut mazhab Syafiee mengikut habaib(habib-habib) dari Yaman.Semua soalan yang berlegar-legar di otak diajukan.Wah!!terbuka minda..barulah rasa ilmu ini tak cukup.Baru rasa makin belajar makin terserlahlah kebodohan.Nampak tak kepentingan ilmu disini?Habis saja kelas mesti kami akan mengalunkan qasidah muhammadiyyah untuk melepaskan rindu kepada Rasulullah s.a.w =)Kalau sempat nanti saya akan kongsi sedikit ilmu fiqh dalam blog ini.


Okay,daurah semakin hampir ke penghujungnya,macam tak sangka dah nak balik rumah.Hoho,sahabat baru rasa macam dah lama kenal.Rasa macam tak percaya episod kita akan berakhir.Memang benarlah muslim itu bersaudara!Subhanallah..indahnya nikmat yang Kau berikan.Dan terlakarlah satu episod indah dalam hidup saya dalam pencarian ilmu.Cukup setakat ini dulu.Cerita musafir ini belum tamat.Teruskan membaca Musafir ke MELAKA-SELANGOR-PERAK..=) (PART 2) pula ye!!






peserta daurah



pintu belakang pondok!

6 comments:

khaIRul_UmmAh said...

aaaaaa.rindu laaaaa geng dauroh+pondok.huuu
moga musafir ini dalam naungan redha ILAHI :D

Anonymous said...

tgk gmbr, ni bkn pondok ni qilah...mewahnyer..

Aqilah Ahmad said...

yes!!rindu kan?!

Aqilah Ahmad said...

haha..ceng3..mmg pon..sbnanya belah muslimat mmg x nmpk pondok..belah muslimin mmg pondok betullah..sbb kwsn muslimat baru buat.. =)

Anonymous said...

hoho..tak sabar tunggu yg selangor punye citer..hehe..eh nt yg tggl kt johor tu kan??..btw thanks follow mnjdkn nt follower ke 20 hehe..w/pun dh lama blogging, still sikit follower..huihui..

Aqilah Ahmad said...

alhmdulillah..tggu tau!
ana bkn dr johor..ana dr perak je..ok 20 itu nombor cantek!

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)