Wednesday 18 January 2012

Musafir ke MELAKA-SELANGOR-PERAK..=) (PART 2)

Bismikallah~

JOURNEY 2- KISAS SBT a.k.a BUMI WAQAFAN


Alhamdulillah..hari ini saya akan sambung episod musafir ini.Kali ini insyaAllah akan disambung cerita dari Pondok Baitul Qurro'.

So,kat mana kita?
Alhamdulillah selepas habis daurah di pondok.Saya terus mengambil bas ke TBS.Memang tip top!Maju!Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan.Lepas itu,ambil pula tiket ke KL Sentral.Terus ke Klang.Okay..!!Dah nak masuk cerita yang semua ex-kisas nak tahu..

Tak silap tepat jam 4.30 atau 5.00 petang kami sampai di KTM Klang!Yeah!Balik ke Klang yang permai.heeee..perli habis Setelah berpenat-lelah berehat dalam koc wanita.heh Akhirnya........
Maka bermulalah kisah ziarah bumi waqafan tercinta.


Teksi yang sudah kelihatan agak lama menyusur masuk kedalam KISAS.Eh..eh...kena tahanlah!!Saya melihat sekeliling.Sebuah bas SERANAS mesti korang rindu nak naik bas ini kan?  menurunkan sekumpulan pelajar puteri KISAS yang baru balik outing.Hailaa...malunya!dahlah kena tahan memang jadi tayangan umum masa itu.Haha.Perkara lawak masa itu,semua muslimat yang baru turun bas masa itu terintai-intai siapalah yang tersekat dekat depan pagar ini?Dengan bagasi-bagasinya.Memang haru.Untuk pengetahuan yang masih zero tentang sesi khabar berita ini.KISAS sudah ada palanglah.Mana tak kena tahan."Siapa ni?pelajar ke?'tanya pakcik guard.Hahaha."Pakcik, kami bekas pelajar..saje nak melawat KISAS.Kami baru balik kem terus datang sini,tu yang datang bawa beg ni." Tak pasal-pasal kena cerita kembara ilmu dekat guard ini.Layan sajo! Lepas itu,pakcik guard suruh turun tulis nama.Arrgghh!!memang taklah!Tak boleh keluarlah beg besar ni!Tetiba..."Eh Qilah..!Ingatkan sape tadi!" satu suara menegurku.Haishh..terkantoi pula dengan budak ini. Fahimah.Sepupu yang memang tak macam sepupu.Ramailah pula tengok lepas dia tegur macam itu.Dan selepas itu,adik-adik yang lain pun tegur.Lalala~jadi famous kejap Ok.Bukan saya seorang saja yang dalam teksi ini.Ada Khalis dan Kak Ain.Ingatkan boleh boloslah dalam sekolah lepas tulis nama.Alih-alih keluar teksi letak bagasi-bagasi dekat gazebo tepi pondok jaga.Jadilah.Asalkan boleh masuk.


Jalan-jalan dengan buah tangan yang penuh dekat tangan yang dikirim oleh sahabat-sahabat dari BQ.baitul qurro'.Rasa macam nak lawat cikgulah kejap.Singgahlah dekat bilik guru.Yakin tak yakinlah nak masuk bilik guru lepas habis sekolah.Sebelum itu,hati kami terasa yang aura biah KISAS ini dah lain.Mungkin sebab kami bukan pelajar dalam sekolah itu kini.Melangkah dengan tawakkal ke dalam bilik guru.Alhamdulillah tak adalah ramai mana pun.Pergilah tegur cikgu-cikgu.Sembang-sembang.Sampai dekat Ustazah Noreidah,dia ada tanya "Kamu tak nak buat khidmat murabbi ke tengah tak ada kerja tu.Tengok bilik guru ni.Tak ade sape nak kemas" Hahhh!!Got blue's clues!KHIDMAT MURABBI!


Hati sentiasa mengucapkan hamdalah kerana Allah masih memberi kami bertiga peluang untuk singgah ke bumi ilmu ini.Melihat panorama KISAS yang masih sama tapi mood macam lain sikit.Suram.Bismillah kaki melangkah kedalam ASPURI.Hehe.Masa ini memang sangat excited nak jumpa Mama.Mana taknya tender yang kononnya sudah habis, ada lagi tahun ini.Jangan banyak tanya.Faham-faham sendirilah.Masuk kedalam dewan makan,terus Kak Ain dengan Khalis tunjuk Mama.Wahhhh!!Saya pun tersengih-sengih."Mama!!assalamualaikum!ingat tak dekat saye?" ayat bajet famous.yelah asyik kena sound aje tahun lepas. "Ehh..mai mana ni?" dalam loghat Kedahnya.Dan sesi bersembang bermula.Kak Ita sudah tak kerja.Dia berehat sudah.Sekarang dewan makan ada pekerja baru.Mereka dari Serdang.Kontroversi dekat dewan makan ialah ada pekerja lelaki ala-ala wanita dalam itu.Tapi sahabat!berdasarkan pemantuan yang dibuat saya,dia itu biasa-biasa saja dan tak perlulah nak ambush dia.Macam yang kita tahu memang Allah ada jadikan manusia seperti itu.Jadi tak perlu kecoh-kecoh pasal ini ok?!Dia masih berkelakuan cemerlang dan tiada reputasi yang teruk setakat yang saya tahu.

Masa itu,makanan untuk minum petang masih banyak dan macam biasa.Banyak lebih.Haha.Rezeki jangan ditolak bila Mama dah pelawa.Perut pun memang dah buat pasukan sorak.Sambil minum-makan,sembanglah dengan adik-adik.Antaranya MT KP dah dibubarkan dan dibuat short list baru.Haishh..tak apalah.Nak buat macam mana.Al-insan bitafkir wa rabb bitadbir.Manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Jalan-jalan lagi lepas itu,naik dorm adik-adik Omar E15.Kak Ain dengan Khalis sembang dengan adik-adik atau kakak-kakak kot.Tak berapa pasti.Dengan rindu yang memendam,langkah diatur  menuju ke bekas dorm tahun lepas walaupun lepas itu kena transfer dorm sebelah.E14.Cakcakcak.Terkejut mereka!Hah..KP dorm dah datang.Buat perangai elok-elok sikit.Waahhh!!rindu.rindu.rindu.Dapatlah bersembang sekejap dengan adik-adik berapa puluh ayat sebab mereka sedang bersiap hendak turun makan malam.Alahh..korang macam tak biasa*untuk pelajar KISAS.


Dan.dan.dan.Hasil perkongsian pintar kami dengan adik-adik,dapatlah sikit informasi terbaru tentang KISAS:


dipetik dari facebook:

1.inspection hari sabtu..
2.sabtu ahad ade prep 
3.pagar masuk KISAS da ada penghalang dn x boleh org luar mask sesuka hati..
4.mt kp tahun lepas dibubarkn dan dibuat baru(pdhl isnin16012012 ni watikah) 
5.dm masih kekal tender...
6.peraturan dah ketat..
7.kantin da jual aiskrim cornetto@wall's..ni mcm best~~



Alhamdulillah..ceritera jejak ilmu di KISAS sudah tamat.Perhatian kepada semua ahli batch 56.Anda sangat sangat digalakkan untuk membangunkan motivasi rantai-rantai perjuangan mempertahankan 5 uniques in KISAS.Ingat peraturan sudah tak sama.Jadi,tawakkallah kalau nak datang korang-korang saja.

Kalau nak tahu lagi kembara ilmu seterusnya tunggu entry Musafir ke MELAKA-SELANGOR-PERAK..=) (PART 3) pula ye!

6 comments:

Suhaila Mohd Nazaruddin said...

Mudah-mudahan Kisas sentiasa dipelihara :)

Aqilah Ahmad said...

aminn~~

anith farhana said...

qila!spe mt t'bru..
doa2 kisas sntyase t'ats..

Aqilah Ahmad said...

hee~~anith..bkak group kp..ade sume 2~~

CikguAreefNaim said...

salam,

dulu sy bercita2 nak masuk kisas, tp result pmr tk ok, huhuhu... thn 2007 ada gi klang, then nampak kisas dr dlm bas... hati gembira sgt... wlu tk dpt masuk kisas dpt gak melihatnya wlu seketika, huhuhu...

Aqilah Ahmad said...

wsalam..
alhamdulillah..dpt tgok pon dh gmbira!saya masih freshie~hihihi

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)