Saturday 24 January 2015

Bed time story #3 : Menjadi bertaqwa

Alhamdulillah, solatu wassalam ala Rasulillah.



Akhirnya berjaya login blogger! haha.


First in 2015.
Selepas berapa tak banyaknya struggle,tak sikitnya tidur, dan tak kurang juga makan. Selamat sudah semua paper untuk sem 1 tahun 3. Moga Allah beri natijah yang terbaik. Hopefully. Moga Allah ampunkan juga dosa-dosa suka meletakkan tawakkal pada saat tidak bersungguh pada sesuatu. Ameeen T.T


Alhamdulillah, untuk pertama kali post ini,sangatlah berbesar hati untuk berkongsi 4 ayat dari surah Ali-Imran,4 ayat dari 133-136. Kita tnt sikit pasal kelebihan menjadi orang yang bertaqwa.



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ 
133. Bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa


الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ  الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ  عَنِ النَّاسِ  وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ 
134. (yaitu) orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit[1], dan orang-orang yang menahan amarahnya[2] dan mema'afkan (kesalahan) orang lain[3]. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan[4]


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri[5], segera mengingat Allah[6], lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya[7], dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosanya selain Allah? Mereka pun tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

  
136. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal. 


Allahu Akbar, seakan sekadar mencukup bukan dengan empat ayat penawar dosa ini? Unzur pada ayat 133, Allah kata wa dan sari3u. wa itu huruf taukid(tegasan) dan sari3u feel amr (suruhan). Lihat, lihat bagaimana bersungguhya Allah menyuruh kita bersegera. Ibaratnya seorang yang lapar mengharap delivery pezza yang diorder akan sampai secepat yang paling mungkin dalam kadar minit yang paling pendek dan dengar bunyi pinpinpin! dah sampai. Wah begitu sekali jika nak digambarkan.Eheh lapar ke?

Pertama, Bersegeralah.
Kedua, Cari.
Ketiga, Ampunan
Keempat, bonus SYURGA

Ya Rabbbb, rasa terkedek-kedek lagi ni untuk bersegera. Moga Allah kuatkan kita untuk sentiasa sari3 dalam jalan ini.

Dan apa yang menarik ialah di ayat 134, Allah ceritakan keif yakni takun muttaqin?

Ala(ala lam alif) bil infaq! bil kazhimil ghaiz! bil ihsan! bilafwin nas! bizzikir ilaL lah! wa bistighfar!

Ahah, mohon rujuk ayat Quran, kerana disitu letaknya 'i3jaz alQuran!  (ye kerana saya sedang apply ilmu bahasa disini sebenarnya :p )

Kata kuncinya,

INFAQ DISAAT SENANG DAN SUSAH.
TAHAN AMARAH.
BUAT BAIK.
MAAFKAN ORANG LAIN.
SEGERA INGAT ALLAH.
 ISTIGHFAR.


Dan kita? Allah balasi dengan bonus SYURGA. Yok ibuk sama bapak sama kita mengeksaitedkan diri masing dengan empat ayat pendek ini. Wallahi tiada yang lebih indah melainkan syurga! Beranganlah sekarang menjadi ahli syurga. Bermimpilah sekarang. Kerana dengan obsesi kita terhadap syurga akan membuatkan hati kita makin jauh dari dunia. Jauh dari perkara yang mengecilkan hati kita. Jauh dari berprasangka,berkecil hati,berkeluh kesah. Ya syurga sangat membuat seseorang mampu berubah dari huruh M ke huruf W. Banyak sekali kisah para sahabat yang bisa membuat kita tertanya-tanya termimpi-mimpi kenapa dan mengapa dari seorang penyembah batu berukir mampu berubah kepada peruntuh bahala itu pula? Dan nanti akan dikisahkan jika Allah terus salurkan ilham. 

Ayat 136 yang begitu mengkhayalkan pembaca, keadaan didalam syurga yang terlampau paling indah. Sungai-Sungai. Bukan sebatang sungai malah mungkin beribu-ribu anak sungai. Ma sha Allah, bunyi deruan air yang hanya membingit telinga. Tiada kata-kata kotor. Malah hanya pujian dan syukur! Fuh tak mampu langsung membayang persinggahan terakhir itu. 


Dan moga post yang sudah lama dinantikan oleh diri sendiri mampu menjadi batu lompatan ewah untuk menjadi orang yang lebih serius beramal dan terus laju beramal. 

Nah ayat power penutup untuk diri yang lemah dan malas. Buka Quran pleasa. (Al-Anbiya':1) 


Allah yubareek fikum.
24012015.
Bayt Israa'.
Irbid,Al-Ordon.

p/s: so bangun qiyam esok jom? kata nak syurga?!





















No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)