Sunday 3 March 2013

Oh,kitakah yang perasan itu?


Bismillah.

Allahumma solli 3la Muhammad.

Dalam kesibukan belajar, terselit juga kadang-kadang kebengkakan rohani.Tersempit juga jiwa dari ruhi.Tergendala juga projek halawatul imani.

Hati mana yang tak berbunga bila dikatakan hatinya bersih dari dosa?

Hati mana yang tak lapang bila dikatakan hatinya mudah memaafi?

Hati mana yang tak goyah bila dikatakan manis berhijab menutupi?

Hati mana yang tak bangga bila dikatakan diri sudah soleh/solehah?

-------------



Hakikatnya,hati kita Allah yang pegang. Allah sebaik-baik Pencipta. Dia yang Maha Mengetahui segala isi lubuk hati dalaman kita.Mungkin,luaran kita nampak sempurna.Mungkin juga kata-kata kita sering membina.Tapi sejauh mana dinilai Allah yang Maha Esa?

Sejauh mana?

Tanya balik diri kita.

Bagaimana? Bagaimana dengan..

Solat lima waktuku? Khusyuk? Cukup rukun dan syarat sahnya?
Puasa sunatku? Benar-benarkah ber'puasa'?
Bacaan Quranku? Sahihkah tartilnya?
Hubungan aku dengan manusia. Sudah saling berlapang dada?
Hubungan dengan Penciptaku. Terjalinkah sebenar-benarnya?

Gulp.

Ahhhh. Kadangkala hati kita rasa benda yang sama. Hati kita rasa manis dan kelatnya. Hati kita rasa kering dan basahnya. Hati kita,punya asbab semua.

Teringat aku pada kisah Imam Hassan al-Banna.Ketikamana beliau akan mengadakan satu majlis atau menjadi tetamu dalam masjid itu.Aku kurang pasti.Tetapi, beliau sungguh punya rasa rendah hati.Beliau dengan mudah dan senangnya menolong AJK menyusun kerusi sekali didalam dewan tersebut sebelum majlis bermula.

Beliau ditanya seseorang, "Wahai Hassan, mengapa kamu turut menyusun kerusi?"  Lantas beliau  menjawab,"Aku bimbang yang mana satu amalanku diterima Allah.Mungkin menyusun kerusi lebih Allah terima dari amalan-amalanku yang lain.Aku bimbang"


Allah Allah. Terusik hati dan jiwaku ketika mendengar cerita ini. Ya, ini antara tokoh Muslim yang Mukmin. Beriman dengan perkara yang ghaib sepenuhnya.Pahala dan dosa kita tak dapat lihat dan rasa.Namun,kita mampu mengawalnya.

Begitu mudah kita kata kita beriman. Begitu mudah kita kritik manusia lain tanpa muhasabah pada diri sendiri.

Begitu mudah kan?

---------


Sebuah mimpi,


Tohirah sedang duduk diatas pelamin yang indah.Disudut kanan dan kirinya ada bunga-bunga yang beraneka warna dan sedap mata memandang.Dibelakangnya dihiasi kain lace berwarna putih bak sutera.Pakaiannya hari itu sungguh tidak pernah dilihat dimata manusia. Kain yang terlekap dibadannya hanyalah sepotong kain putih yang kosong.Tudungnya panjang dari kepala hingga kaki.Dan difesyenkan dengan mengikat kain hujung di kepala dan kaki.Hanya muka yang terserlah pada hari itu.Anehnya,Tohirah berasa tidak gembira.

Namun,tiba-tiba Tohirah didatangkan pengantin lelaki yang hitam,garang dan bengis. Tohirah takut.Dia mula berkira-kira untuk lari.Tapi apakan daya,tubuhnya seakan-akan tidak boleh bergerak walau sejengkal.Bagaikan ada yang menariknya untuk diam kaku.Pengantin lelaki terus mendekatinya.Terdengar hembusan nafas yang kasar ditarik dan dihembus pengantin itu.

"Ikut aku! Kamu sentiasa lupa akan pernikahan kita ini"

"Aaa..Apa?!" Tohirah tercengang. 

"Aku maut.Dan kau akanku kahwini !"

Tohirah lantas mencuba untuk berlari tapi seperti tadi.Tiada daya untuk dia gerakkan seluruh tubuhnya.Bagaikan yang ada, hanya jiwa bukan jasad.

"Aku sudah mati? Mati?! Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Pulangkan aku semula kedunia ya Allahhhhhhhhh! Amalanku belum cukup."

Wajah si pengantin lelaki tersenyum sinis.

"Jika engkau sentiasa ingatkan aku dan sentiasa mendekati Tuhanmu.Nescaya hari ini hari pernikahan kita yang terindah.Tapi..........kau lupa ! Kau lupaaaa! Maka,aku muncul sebagai mimpi ngerimu"

Tohirah terus tersedar dan terjaga dari tidur dalam keadaan berpeluh-peluh.

Allah :'(

----------------

Kita selalu lupa. Lupa hari itu.

Kita terlampau mudah perasan untuk menjadi ahli syurga.

Perasan berahlikan anbiya'di sana.

Perasan memilik istana disana.

Tanpa ada usaha. Tanpa.

Solat masih dilengah seakan-akan Allah sentiasa menerima.
Taubat masih ditangguh seakan-akan esok dijamin ada.

Bala. Ini bala bagi kita yang mudah perasan untuk menjadi ahli SYURGA.



"Oh, akukah yang perasan itu?"





Senyum.


29-2:  Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? 

29-3:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.  

 29-7:  Dan orang yang beriman dan beramal salih, benar-benar akan Kami (Allah) hapuskan daripada mereka dosa-dosa mereka, dan benar-benar Kami (Allah) berikan mereka balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.




Kita. 

Benar-benar berimankah?


atau



Kita.

Hanya manusia yang perasan beriman itu?





p/s: -esok-imtihan-awal-syeir jahili-doakan!-


10.04 a.m
Ahad
Maktabah Yarmouk
Irbid,Jordan.

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)