Tuesday 13 March 2012

perubahan demi perubahan :)

Bismillahirrahmanirrahim..dengan izin Nya saya diberi kesempatan untuk menulis lagi di blog ini.


Alhamdulillah,balik saja cuti baru-baru ini banyak dengar cerita baik dari kawan-kawan.Rindu.Ada yang jadi ustazah.Jadi hafizah.Jadi businesswoman.Jadi blogger.Jadi pendakwah dalam facebook.Jadi manusia yang nak berUBAH!

Manusia itu ada hati.Yang mana hati itu sentiasa berbolak-balik.Kadang-kadang baik.Kadang-kadang jahat.Kadang-kadang nakal.Kadang-kadang beriman.Dan berikutnya.

Saya juga mengalami perubahan.Alhamdulillah perubahan yang lebih baik.Moga Allah redha dengan perubahan ini.Moga-moga juga Allah terima perubahan ini sebagai satu ibadah keranaNya.

TAKUT NAK BERUBAH?


Biasalah manusia.Untuk memulakan sesuatu perubahan yang baru dalam hidup mesti akan ada perasaan takut.Takut menghadapi kenyataan.Takut menghadapi rintangan.

Andainya kita tahu bahawa perubahan itu membawa kebaikan dan manfaat,teruskan.Jangan berpatah balik.Andai kata,titik perubahan anda membuatkan ramai yang akan menyisihkan.Lakukan perubahan tersebut dengan perlahan-lahan dan seiring meyakinkan orang dengan perubahan kita.Insya Allah.

Mari kita ambil contoh terdekat.Kita tengok Rasulullah dahulu melakukan perubahan demi perubahan kepada   penduduk Mekah seterusnya Madinah.Bagaimana Rasulullah memulakan dakwah perubahannya?Adakah baginda terus pergi ke khalayak ramai mengajak ummatnya beriman?Tidak.Sebab apa?Sebab perubahan itu perlu dilakukan perlahan-lahan.Jangan tergopoh-gapah hendak berubah.Fikirkan kesemuanya.Mulakan dengan hati.Insya Allah lambat-laun perbuatan dan perkataan kita akan berubah.Kerana hati ialah raja kepada segala tindak-tanduk kita.Andai kata hati masih hitam,kotor,perubahan itu amat sukar hendak dilakukan.Tapi andai kata hati kita bersih suci,In sya Allah,perubahan itu mudah untuk kita.

LANGKAH PERTAMA : YAKIN DENGAN ALLAH


Pastilah langkah pertama kita ialah yakin dengan Allah.Yakin dengan kalamNya.


 "....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ......" [13:11]


Bagaimana hendak berubah andai kata hati masih tidak dekat dengan Allah? 

Niat kerana Allah juga penting.Jika tidak,sia-sia sahaja perubahan kita.Masih belum terlambat hendak memperbaharui niat.Niatkan sahaja "Ya Allah,aku lakukan ini untukMu" dah dapat pahala.Bukan susah nak dapat pahala.Kalau kita tahu peraturan dan syaratnya mudah saja kita semua nak masuk syurga.Bacalah terma dan syarat hidup kita ini dalam kitab cinta Al-Quran.Moga-moga Allah sentiasa membantu kita dalam apa jua keadaan.

Kalau dalam tempoh perubahan,kita ditimpa ujian.Ingatlah!Itu tanda Allah sayangkan kita.Kerana Dia ingin menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah.Adakah hanya sekadar lafaz?Untunglah bagi mereka yang benar-benar beriman.Mereka akan bersabar dan semakin bertambah keimanannya.

SUDAH BERUBAH?

Alhamdulillah,Allah berikan hidayah dan taufik kepada anda.Jangan sesekali abaikan nikmat hidayah ini.Bukan semua orang mendapatnya.Kalau kita melihat masih ada lagi orang diluar sana yang belum berubah.Andalah yang patut membantunya.Teruskan menegur dan menasihat.Jangan pernah lelah.Allah memberi ganjaran yang besar kelak di akhirat.

Akhir kalam,Ingatlah perubahan demi Allah akan menyuluhkan anda yang manakah hak dan batil.Malah,jalan-jalan ke arah syurga terbuka luas.Wallahu'alam.Mari sama-sama berubah menjadi hamba yang taat.Tak susah kan?



1 comment:

lin~ said...

qilah,, nak ajak ko mengarang panjang2 dekat sini (:

http://recycleboxes.blogspot.com/2012/03/kontest-dia-dihatiku-dia-idamanku.html

terima kasih

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)