Friday 10 February 2012

FRIENDS MAKE UKHUWWAH :D

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ini saya nak share sedikit pasal SAHABAT..

Well,well,zaman Rasulullah dulu pun dah ada perkataan ini.Awesome kan?Sudah seribu tahun lebih lama perkataan ini teguh dalam arus dunia yang semakin memuncak ini.

KORANG MESTI ADA SAHABAT KAN?*angguk-angguk*


dan saya juga ada RAMAI sahabat..wahhh!!!macam orang hebat saja.Sebenarnya sahabat ini akan semakin bertambah bila anda semakin mengenali dunia.Tak percaya?

Kalau korang tak kerja,takkan lah ada sahabat sekerja.
Kalau korang tak belajar,takkanlah korang ada sahabat sekelas,sebilik,se'kos' dan 'se' apa-apa saja =)

Sahabat is one of the uniques in KISAS*my beloved college!!


So,NOW..i'm just want to share with all of you about my sahabiah in KISAS..

boleh kan?  ok. Sahabiah saya dekat tadika,sekolah rendah,sekolah menengah rendah juga!!atau pun akan datang.heeeee :)

What make us want to have a sahabat?


to make happy??-to make fun??-to help each other??-support each other??

WELL.WELL.WELL.AHSANTUM!GOOD JOB!!

But,the seriously sahabat is......

Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: 

Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat.

 (Tarmizi)


Subhanallah!! Percaya atau tidak ini ialah sahabat yang sebenar..ini bukan kata-kata saya but this is OUR PROPHET SAID..



"Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat."


Mampukah kita menjadi seorang sahabat seperti di atas? Jangan fikir bagaimana sahabat-sahabat kita.Tapi fikir bagaimana kita sebagai sahabat-sahabat mereka.

Bila kita sudah ada seorang sahabat yang sangat rapat kita diibaratkan membuat sesuatu bulatan erat yang mana kalau seorang rebah maka yang lain juga akan turut rebah.





so,,my BELOVED FRIENDS..these are some hadith and some ayat in Quran for us..


*credit to this

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

ouhh..yang ini rasa macam nak nangis..

"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)




jom jual minyak wangi.. :)

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)





JANGAN TAU!!

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)

"Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)


mirror mirror in the world who is  my sahabat??

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)



~this is the true ukhuwwah~ SERIOUSLY miss ANTUNNA!!


"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)



this is one of the function of sahabat..

"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)



 
uhibbuki fillah!! miss this word!!after pray..after tazkirah!!Ya Allah..satukan hati-hati kami!!


“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)

well.now.and ever after...PRAY!!

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)





remember this??ini yang sangat ditekankan bukan?walau setinggi mana masalah mu..

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)



dah jauh nanti jangan lupa ziarah :)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)






jadi kawan yang supportive!!ucapkan padanya..

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)

kenapa korang bagi hadiah dekat sahabat? =)


Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)

and the last one...Hak dalam bersahabat~

Rasulullah s.a.w. menerangkan:
“Tiap orang Mukmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan

7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)





POST ini MEMANG BUKTI ANA UHIBUKUNNA FILLAH..Air mata ini telah pun tumpah sebaik sahaja  kertas PQS selesai.Mungkin antunna rasa bahagia rasa gembira.Tapi hakikatnya,kita akan berpisah pada hari itu.Mana mungkin akan ana jumpa sahabat seperti antunna.And for this time WRITING .I am still crying because i miss all of you too much!!Harga persahabatan yang menciptakan ukhuwwah ini tiada nilai gadainya.
Jangan pernah lupa sahabat kalian.Sesungguhnya dengan sahabat anda berkongsi hidup dan kenangan.

Thanks to all my friends..no exemption!

I really really appreacite this kind of uniques in KISAS 





#FRIENDS AND #UKHUWWAH



last paper and the last day.. :(

last but not least... pray for our performance result in spm last year..in sya Allah number 1 in malaysia..AMIN..

2 comments:

Alia Asri said...

sedih jugak baca. rindu KISAS yang teramat. honestly speaking, 18 tahun hidup belum ada yang mampu menandingi sahabat di KISAS kurniaan Allah dalam hidup aku. adoy, rindu kauorang sangat-sangat. insyaAllah, berjaya dunia akhirat. but untuk sekarang, 11A+ SPM 2011, batch no 1 Malaysia <3

Aqilah Ahmad said...

huuu..sedih dlm gembira!!

in sya Allah berjaya semuanya dunia akhirat~

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)