Tuesday, 7 February 2012

CERPEN~ALKISAH ICE BLENDED!

Bismikallah~Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.


Alhamdulillah,buat kesekian kali tangan ini diberi oleh Allah untuk menulis dalam blogku yang terindah ini.hehe.




Hari ini.ALKISAH ICE BLENDED~ini kisah pengajaran!


ice blended kegemaranku!



"Ice blended Cappucino satu,kak!" pesan Lolli.Dia sudah lama menanti hari ini.Hari yang bahagia dan hanya boleh dikecap sekali seminggu.Pasar malam!Lolli sudah lama menantidan siap dibuat list down untuk petang ini.


"Lolli,kau ni,kalau tak beli ice blended tak sahlah pasar malam kau ni..."bebel Hanis.Memang itulah rutin si Lolli ini.Kalau tak dapat ice blended merengeklah dekat situ.Tak ingat umur nak dekat 20!Buat perangai dah besar-besar.Waktu kecil-kecil tak nak pula habiskan kepunan ice-blended.


"Dik,3 ringgit.." ."Oh,ni kak..terima kasih ye!".Lolli segera menyedut ketulan-ketulan ais yang telah dikisar bersama perisa Cappucinonya sebentar tadi."Hanis,jom balik!"ajak Lolli."Lah..aku fikir kau nak ajak balik malam nanti"sindir Hanis.Biasalah adat sindir-menyindir antara mereka.Eratkan ukhuwwah katanya.


*******************************************************************


"Nur Laili ! khusyuknya awak dengar saya mengajar...".Cikgu Hassan tajam memandangnya dengan riak wajah yang sukar digambarkan.Lollilah yang paling berani dalam kelas.Sebab apa?Sebab dialah yang berani melawan arus guru Sejarahnya ini.Tak pernah dalam sejarah sekolah ada yang berani tawadhuk masa kelas Cikgu Hassan.Semua sanggup melakukan apa sahaja asalkan mata terbuka!


"Ye cikgu,perang dunia ke 2!"."Hahahahahahaha.....".Seisi kelas ketawa tak ingat aura bisa dari Cikgu Hassan.Cikgu Hassan yang dari tadi mengawal emosinya serta merta menunjukkan aura bisanya semula.Biasalah guru mana yang mahu buka pekung di dada depan anak murid.Jatuh nilai ketakutan murid kepadanya nanti.Lolli terus menggosok-gosok mata dan menepuk-nepuk kedua belah pipinya."Alamak...kantoi lagi!Aku rasa macam nak tercabut nyawa tadi."gumam Lolli kepada Hanis."Hehe..tulah kau,aku dah tak larat nak tendang kerusi kau dari tadi."balas Hanis."Haish kau ni!kalau kelas lain bolehlah kau nak tendang.ni kelas cikgu favourite aku,kau tarik jelah kerusi aku.Jatuh pun aku tak marah."."Helleh...jatuh pon tak marah..deyyy..aku tendang sikit-sikit pon dah kau dah banyak bunyi..hahaha.."


"Hanis,Laili!Apa awak berdua bualkan tu,pasal perang dunia ke 2?"sergah Cikgu Hassan.Keadaan kelas tidak seriuh tadi.Semua menahan ketawa supaya tidak dimarahi.Mereka berdua terus mengambil tumpuan semula dalam kelas.Sedangkan si Lolli masih belum puas lagi."Petang ni,kita buat plan!"


*******************************************************************


"Assalammualaikum!"laung Angah dari jauh.Sudah kelihatan kereta merah Saganya meluncur masuk pekarangan rumah."Mak...!Angah dah balik dah..."jerit Lolli dari depan pintu rumah supaya maknya di belakang rumah dapat mendengar."Angah!!Ada beli apa-apa tak untuk Li?"soal Lolli."Alahai adik Angah oii..tak ada soalan best sikit ke nak tanya macam...Angah meh sini,Li angkatkan beg mesti penatkan? tak pun Angah best tak cuti?Kau ni tak berubah-ubah dari dulu eh.."jujur Angahnya bercakap.Angahnya ini baru sahaja pulang dari percutian bulan madu di Melaka.Biasalah itu,orang biasa-biasa memang tak berapa kira sangat nak bercuti dekat mana.Janji bahagia kan?


"Haa Angah,Hajar,seronok?"tegur mak dari depan pintu rumah.Angah dan Hajar hanya membalas dengan senyuman saja."Seronok la tu!"acah Lolli."Eh budak kecik,pergi angkat beg tu,barang kau semua tu!"arah Angah dengan tegasnya.Lolli buat muka.Terus menuju ke belakang kereta mengangkat bagasi Angah tercinta dan demi barang kirimanku tercinta.


"Kak Hajar...Kak Hajar..dulu kan..macam mana akak boleh kenal dengan Angah ek?"soal Lolli.Minta ampunlah Kak Hajar Lolli tak sempat nak tanya 2 bulan lepas.Sibuklah katakan.Sibuk menyibuk je."Emmm..Akak jumpa Angah dekat kedai ice blended.Waktu tu,Angah awak ambik ice blended akak.Haha.Lepas tu,akak terus marah tokei kedai tu.Tiba-tiba,Angah awak hulur ice-blended akak tu balik."
Lolli sengih macam kerang busuk mendengar kisah cinta Angah-Kak Hajar.Dalam hati Lolli,"Wahh..ice blended..kih kih kih....agak-agak jodoh aku dekat situ juga tak?"."Heii..berangan ke?nak dengar ke tak nak ni?"sergah Kak Hajar.Terkejut Lolli.Memang hobi Lolli yang satu ini.Ber-angan."Hehe..nak..nak..teruskan mem.."katanya sambil menabik seperti polis.


"Lepas tu,akak kasi tazkirahlah dekat Angah awak tu,akak cakap lain kali jangan buat macam tu lagi,tak baik.Dah ambil hak orang lain.Allah tak suka.Angah awak pula,terkulat-kulat tak percaya akak nak bagi toche dekat dia.Yelah,akak kan pakai tudung labuh,jubah waktu tu."Lolli semakin teruja."Lepas tu,akak minta maaf dan beredar.Tapi tak sangka pula Angah awak tu,kawan bos akak.Terserempak pula dekat dalam lif.Memang Allah nak bagi petunjuk jodoh kot.Hehe.."jelas Kak Hajar."Ohhhhhhhhhhh..."sambil terangguk-angguk Lolli mengiyakan.


*******************************************************************






"Li,nah akak belanja ice-blended hari ni.suka Cappucino kan?"Kak Hajar menghulurkan ice-blended yang telah dibeli tadi."Wahh..terharunya akak!Thank you!Ohh..Syukran.Betol kan?"balas Lolli."Yes!tepat sekali !10 markah!"jawab Kak Hajar.Kak Hajar ini lulusan Universiti Malaya bidang Syariah.Macam tak percaya,Angah aku boleh kahwin dengan akak ustazah!Tapi tak apa,best!Ustazah dan Akauntan!


"Li dah baca bismillah sebelum minum?"Ice blended di tangan Lolli yang sudah sampi ke pinggir bibir diturunkan semula."Hehe..belum..bismillahirrahmanirrahim..."Tersenyum Kak Hajar melihat perilaku adik iparnya yang jelita ini."Kita kan orang Islam,kena dahulukan Allah dalam semua perkara.Tak kiralah apa-apa pun.Jadi,kita kenalah disiplinkan diri kita untuk sentiasa mengingati Allah walau dalam apa keadaan.Tapi memang fitrah manusia.Lupa.Itu memang kita tak boleh nak lari.Istighfarlah banyak-banyak jika tersedar kita lalai."pesan Kak Hajar semasa sedang berbual di buaian hadapan rumah.


Sejak Kak Hajar hadir dalm keluarga Lolli,bagaikan ada satu kuasa yang menarik hati-hati dalam keluarga ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.Kalau dulu,rumah ini semua solat sendiri-sendiri.Tapi sejak Angah dah kahwin,Angahlah yang ajak semua solat jemaah di ruang tamu.Indahnya!Tidak pernah merasa hati setenang ini.Mungkinkah tenangnya hanya sementara?Aku harap tidak.


Lolli kini sudah pandai menutup aurat dengan sempurna walaupun dulu,dia belajar semua pasal aurat tapi tak pernah nak ambil berat.Stoking.Sarung lengan.Jangan harap.Tapi selepas mengenali Islam melalui Kak Hajar,Lolli merasakan sesuatu dalam hatinya.Ya,hatinya berkata inilah ISLAM!Menutup aurat itu wajib supaya dapat pelihara maruah diri dan keluarga.


*******************************************************************


"Laili,terima kasih sudah selamatkan saya tempoh hari.Kalau awak dengan Hanis tak ada hari tu,mungkin saya dah mati..."luah Cikgu Hassan.Sebenarnya tempoh hari Lolli dan Hanis pergi ke rumah Cikgu Hassan untuk mengenakan Cikgu Hassan.Malang tak berbau,Cikgu Hassan dah terkena dahulu sebelum dia mengenakannya.Rumah Cikgu Hassan dimasuki penyamun bersenjata dan Cikgu Hassan diikat bersama ahli keluarganya yang lain.Lolli yang sedang mengintai-intai rumah Cikgu Hassan terkejut dan terus memanggil orang kampung untuk memberikan pertolongan kepada Cikgu Hassan dan dia terus menghubungi polis.Alhamdulillah,niat nakalnya pada hari itu terbatal dengan sendirinya.Kalau tak hari ini,Cikgu Hassan akan berkata macam ini pada aku"Laili,awak hafal semua sumbangan keempat-empat tamadun dalam  masa semalam.Esok saya nak dengar...Haihh..nasib kaulah Lolli!"gumamnya sendiri dalam hati.


"Tak ada apalah Cikgu,kebetulan saya lalu situ,apa salahnya saya tolong cikgu saya ni"sambil tersipu-sipu.Dalam hati ketawa tak ingat dunia sebab teringatkan kisah di sebalik tabir itu."In sya Allah cikgu,lepas ni saya tak akan tidur lagi dalm kelas cikgu sebab saya takut Allah tak mudahkan jalan saya ke syurga.."jelas pengakuan Lolli."Alhamdulillah....akhirnya awak tahu matlamat belajat yang sebenar!"


*******************************************************************


"Hanis,kali ini aku belanja kau ice-blended eh..aku rasa seronok sebab dapat merasai nikmat yang Allah kurniakan pada aku."sambil meletakkan tangan kanannya atas bahu Hanis."Okay,aku on je.."seronok Hanis dengan  perubahan yang berlaku kepada Lolli.Semuanya ada hikmah.


"Bismillahirrahmanirrahim..."terus Lolli menghirup ice-blended yang dibelinya tadi."Sebenarnya kan..manusia ini ramai yang tak tahu nak bersyukur.."sambil menikmati angin bayu tepi tasik petang itu."Kenapa kau cakap macam tu?"Hanis memandang Lolli dengan muka penuh persoalan."Tak adalah,bukan aku yang cakap,Allah sendiri yang cakap.Cuba kau tengok berapa ramai yang baca bismillah kalau nak buat sesuatu?Berapa ramai yang ucap Alhamdulillah selepas kerja selesai?Berapa ramai?Aku pasti tak sampai separuh dunia pun!"jelas Lolli dengan penuh perasaan."Kalau nak dibandingkan dengan nikmat-nikmat lain lagi,memang tak terkira.Terlalu banyak yang kita patut syukuri.Tapi manusia ni angkuh,tak pernah nak melihat nikmat-nikmat yang Allah beri sentiasa.Nyawa.Jasad.Semua tu,dipandang tepi bila satu nikmat yang sangat dia syukuri ditarik.Kerana dia hanya tahu bersyukur dengan benda yang dianggap baik bagi dirinya sahaja."keluh Lolli."Aku bersyukur dapat kakak ipar yang sangat baik dan selalu mengingatkan aku tentang Allah,dan dia juga ada kisah sebalik tabir tentang ice-blended ini tau!"."Hidup kita ibarat ice blended ini!minumnya sedap..dan bila habis airnya, terlupa bersyukur pada Allah.Ertinya hidup ini juga senang dan sedap tapi amat 
SEDIKIT yang bersyukur pada Allah!"Lolli teringat kata-kata Kak Hajar tempoh hari.




MARI BERSYUKUR!NANTI ALLAH TAMBAH LAGI!


p/s:maaf andai kata cerpen ini membosankan!jangan lupa komen!jalan cerita main letak saja.tiada perancangan langsung.menaip dan menaip dan ini hasilnya..





4 comments:

lin~ said...

Jalan cerita menarik dan nampak nilai ukhuwah~

mesej yg nak disampaikan pun dekat dgn kita. baca bismillah dll...

btw,
kekemasan penulisan boleh diupgrade lagi.
biar nampak teratur mane dialog.

good job, dear!

notakaki: boleh cek ejaan juga. biar lebih menarik (:

aqilahmad said...

lin..hehe..tq..mmg aku sdg upgrade penulisan ini..in sya Allah lame2 nnt ok..

khainisa said...

kamu reka sendiri ke qilah?

aqilahmad said...

reka tibai je la nisak!!
ntah tak pike pon~~

huhu..best ke?

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)