Thursday 22 December 2011

Jangan kata bosan!

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk saya menulis kembali di blog yang sederhana ini.Okay,tajuk sekarang ialah jangan kata bosan..!


"Eh Qilah,nape pulak tak boleh cakap bosan?"
"Laaa...dah memang bosan,ade mulut cakap jelah bosan..ape masalahnye?"
"OK,jangan kata bosan..aku kata BORING..haha"


OK.OK.OK.


Kenapalah pula saya buat maudhu' nih.arab siket.(maudhu'=tajuk)


Hey..bosan itu hanya boleh diucap lepas anda semua sudah selesai melakukan sesuatu dan tiada benda hendak dilakukan.Setuju?Setuju jelah..


Sebenarnya kalau kita benar-benar tahu dan percaya sebenarnya banyak lagi benda dalam dunia ini yang kita masih tidak lakukan dan laksanakan.Contohnya:anda dah cukup ilmu dah atas dunia ni?Dah tak nak cari ilmu lagi.?Asyik tahu cakap bosan-bosan-bosan.Wah perkataan berganda-ganda.Ok.


Itulah yang nak disampaikan dalam entry kali ini.Jangan pernah kata bosan kerana sesungguhnya anda masih ada tanggungjawab yang belum diselesaikan.Andai kata anda seorang pelajar.Adakah semua silibus dalam buku sudah dihadam?


Lihatlah diluar sana,bukalah minda!


Masyarakat memerlukan anda walau siapa pun anda.Lihat si pengemis yang terpaksa hidup melarat.Pernahkah anda terfikir untuk membawa mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat?


pernah tegur?


Lihat si muda mudi yang berpeleseran.Anda yang ada ilmu.Pernah mendekati mereka bertanyakan masalah atau sekurang-kurangnya bertanya khabar?


pernah bersapa?


Lihatlah dunia Islam kini yang kedahagaan pemimpin Islam yang sebenar..Dimanakah agaknya Umar al-Khattab era moden.Aura Sultan Muhammad AL-Fatih?Sabarnya Saiyidina Abu Bakar yang baru?


HAMBAR.


Jadi,anda yang sedang bosan memang memilih blog yang mungkin tepat untuk memenuhi masa anda.Moga-moga anda tidak merasakan bosan membaca entry ini.


So,do something for ISLAM.ISLAM really really need you to conquer this world.It's awesome if all of people in this world are Muslim.So,YOU NEED TO FILL YOUR LEISURE TIME WITH KNOWLEDGE.


Sabda Rasulullah s.a.w: Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara: sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin ,LAPANG SEBELUM SEMPIT..




(Sadaqta Ya Rasulullah)

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)