Wednesday 13 November 2013

Ustazah teori ?

Bismillah walhamdulillahhh.

Hoyehhh lama tak menapak jari jari manis di kekunci huruf. Kekeke, actually lama sangat tak menyegarkan otak dengan menulis. Pheewww karat karattt. Just ignore any typo and error heh.

Ape kaitan dengan tajuk entry ni? Ustazah teori?


-.-'

 First impression mesti bad impression i think.

Ala kulli haaaal, saya cuma nak sharing lah sikit-sikit kisah kehidupan yang berlaku sekitar saya sepanjang 4 sem in sya Allah setakat ni diJordan. Panjang lagi perjalanan. But do you know? Everyday kita akan belajar satu benda baru. Iaitu ujian dan iktibar.

 Mathalan, normally yang di Yarmouk majority ambil kos pengajian Islam. Dan rata-ratanya in sya Allah dengan izin Allah akan menjadi para ulamak di Malaysia kelak. Namun, apa yang kami telah buat ketika ini? Yes. Sekarang. Cuba bayangkan kalau kita nak bina sebuah bangunan yang kekal utuh untuk jangka masa yang lama. What must we do? Rilex, have a tea and kunyah falafil? Huh? Semudah itukah untuk kita membina diri kita untuk 10 tahun akan datang? Sekarang kita just rilex tengok movie main laman sosial borak pasal kahwin? Ehmm. Hahaha tolong jangan baca ulang2 kali pasal borak pasal kahwin. Its not meee! Kahkah. Eleeeeh, tapi faham je macam faham je macam laaaaa kan :3

Heyyy Fokus!

So now, kita tak mahu lah sekarang masa zaman belajar kita boleh je skor markah tinggi-tinggi even belajar tak sungguh mana. Hafal tak banyak mana. Pandai merayu dan mengharap doc tambah markah je. Ohhh terhantuk sendiri. Fyi , kami ni sangatlah mudaaaaah belajar di sini. Mungkin yang susah bahasa. Bahasa Arab kaaaan. Tapi, sistem pembelajaran sangat mudaaaaah. Suka double triple huruf. Heh.

Caranya, masuk kelas tanda kehadiran dengar doc syarah blablabla kalau faham jalan kalau tak faham jalan masuk langit kesepoloh. Kroh krohhh -.-'

Sangat aib kaaann? *dush*

"Macam ni ke nak jadi ustaz ustazah?"
"Kalau masa belajar tak serius, masa dah ada komitmen kerja macam manalah mereka mereka ini?"

Nganga mulut kedip mata.


Okay.


Tutup mulut fokuskan mata.



Itu okaylah kira dia datang kelas, ni kalau ada jenis student yang berpenyakit superman jadian tak tahulah. Hebatnya dia. Kelas tak ada tapi exam ada. Untung untung doc simpan nama. Tapi kalau dah superman yang pro sangat alamatnya hilanglah madah tu dalam list subject. Blerghhh. Ini 2013. Bayangkan ulamak ustaz ustazah dulu belajar macam mana juhud dan susahnyaaa, kita? Sudahlah. Muhasabah sendiri.


Teringat kata-kata senior.

"Kalau nampak kawan-kawan yang leka masa belajar. Ingatkan dia. Duit yang dia belanja untuk bayar yuran kos hidup bukan duit dia. Duit kapal terbang bukan duit dia. Kalau tak duit mak ayah, duit tajaan. Cakap kat dia, kita datang sini bukan naik basikal, tapi naik kapal tervang merentas berpuluh-puluh negara"


Phew berdarah hidung.

Menangislah sekarang. Penatlah sekarang. Bodohlah sekarang. Kerana masa depan terlalu sukar untuk kita hadapi atas keegooan kemalasan dan kebongkakan kita. Belajarlah kerana Allah. Kerana semua itu dari Nya. Kejarlah redha Allah. Ilmu itu selalu akan mengarah kita kearah manusia yang baik dan soleh.


Just one thought from me. Bittaufeeq sahabiah Yarmouk sekalian.

Allah yufaqqakumullah.



Jumpa lagi. Doakan  saya rajeeeeeeng menaip lagi. Ini semua sebab peminat setia nak baca punya pasal :)

Sekadar taujihat 25 qersh untuk diri sendiri dan sahabiah lain. Chill, mari bina badan,tak tak bina diri untuk sepoloh tahun akan datangggg!



2 comments:

Tengkubutang said...

Haiii.. cakkkk..
Done follow sini no. 70,
Jom follow me back yea.. heee..
Salam kenal, keep in touch yea..

http://tengkubutang.blogspot.com/ dan

http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

sophie said...

sbb degree gaknyer.. tu yg agk lenient maybe..

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)