Tuesday 23 April 2013

Sumpah tertampar!

Bismillah.

Allahumma solli 3la sayyidina Muhammad.

Hari ini Selasa.Kelas macam biasa.Mula pukul 8 dan habis jam 9.
Pulang ke rumah untuk memasak sebelum pergi ke kelas Quran.

Hari ini kena tasmik surah.
Alamak.Hafal berapa muka je.

Sampai dekat markaz.Nampak sheikah.
Buka Quran.Ulang.Hmmm.

30 minit kemudian mungkin...

Tasmik.
Gagap.
Sangkut.

Ahhhh.Kenapa?Kenapa?

Malunya.
Dengar kawan-kawan lain tasmik banyak dan lancar!
Ya Allah,banyaknya dosa.
Tsk tsk tsk.
Rasa nak nangis.

Sheikah kata ulang balik.
Ingat balik.
Kejap lagi tasmik balik.

---

Tasmik balik.
Tetap tak berapa nak lancar.
Bila dah habis tasmik.
Sheikhah kata "Aqilah,aqilah.Kenapa dengan kamu? Cuba jadi macam Fatimah(Kak Tim),Widad,Syamimi"
Ahhhhh.Rasa nak berkaca.

Lepas tu,minta izin dekat Sheikhah untuk stay dekat markaz untuk hafal lagi.
Rasa seperti dosa-dosaku memberatkan hafalan.
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,

Benarlah ini kalamMu.
Hanya diberi pada manusia yang suci.


"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (91:9-10)

Dosaku menggunung.
Bayangkan hanya berapa kerat ayat-ayat Allah.
Tapi tak mudah lekat.
Hati hitam.
Diri hina.

Hafal lagi.
Sentap.

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.(2:74)

Hati batukah aku? Bahkan batu sendiri Allah umpamakan dicelahnya masih ada air yang mengalir.

Aku? Adakah mengalir pahala disebalik dosa? T_______________T

Nangis.Serius.Malunya dengan Allah.

Aku nak hafal ayat-ayat Dia tapi tak malu nak hafal dalam keadaan yang berdosa.

Hafalan diteruskan.

Jumpa ayat ini.


"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan dia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (2:81)



Serius sentap sampai sekarang.Tertampar dengan ayat Allah sangat hebat.Rasa macam dah pening-pening fikir dosa selama ni.


Fullstop.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Ameeeen.

Doakan semoga saya mudah menghafal ayat-ayat Allah!


Terima kasih Dr MAZA.Tambah nangis lagi.

Dr MAZA - Kembalilah



No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)