Thursday 7 February 2013

Maaf . Aku tak mampu !

Bismillahirrahmanirrahim.


Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alih.

Pada suatu petang yang hening.Setelah aku menyudahkan proses pendaftaran madah untuk sem 2 di Yarmouk ini, laju tanganku membuka laptop yang sedia terhidang di atas katil.Pantas menaip sis.yu.edu.jo untuk melihat jadual baru untuk sem 2 ini. Sambil menyelam minum air. Facebook terus diaktifkan.Melihat notifikasi-notifikasi dari teman-teman.

Tiba-tiba,ada sahabat lelaki dari tempat belajar dulu mesej.

Y : Assalam, nak tanya sikit boleh?

X : Wsalam. apa dia?

Y : Apa hukum ber'couple' ?

Aku diam. Dan aku membalas

X : Haram pokcik.

Y : Oh yeke? Sebab aku tanya kawan sekolah maahad ni dulu.Dia kata couple tak haram.Benda yang mengharamkan tu bila kita buat benda-benda yang tak baik. #pening.

Aku termenung membaca ayat-ayat kawannya itu. Apakah perkara mendekati zina itu perkara yang baik selagi belum berlaku perkara zina? Allah, terasa macam ayat kawan dia ni macam fitnah agama pula.Pening pula kawan aku seorang ini dibuatnya.Aku pun bertanya.

X : Dia couple tak?

Y : Tak.

Aku pun menjelaskan pada dia yang hukum dia menjadi haram berdasarkan dalil ayat Quran :


                    وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32) 


Y : Masih tak dapat tangkap. Couple tu zina ke? Sorry,banyak tanya.

Aku tersenyum sendirian. Mulia hatinya untuk mengetahui ilmu agama. Bangga melihat kesungguhannya kerana dia hanya berlatarbelakangkan sekolah menengan biasa (SMK)

X : Ada ke orang yang ber'couple' boleh elak dari rasa rindu dan nafsu tu?

Aku menyoalnya dan menyambung

   : Couple bukan zina tapi mendekati zina. Allah tahu hambaNya macam mana sifatnya.Lalu,Allah jadikan        
     perkara yang mendekati zina itu berdosa.Supaya manusia sentiasa beringat-ingat.Ber'couple' tidak boleh  
     tidak pasti akan terjadi zina mata,hati,lidah,tangan dan lain-lain.

Y : Alhamdulillah,aku tak buat benda tu.So far avoid lah semua tu. Jap,lagi kan. Kalau nak mulakan
     perhubungan ke arah perkahwinan macam mana ye? #pelik


Senyum.

X : Oh, yang tu kalau ada niat ke arah perkahwinan bukan dikira 'couple' tapi dikira bertunang.Couple ini
     saja-saja. Tiada niat untuk berkahwin pun.Orang yang bertunang pun ada batas-batas pergaulan apatah  
     lagi yang tak bertunang.Tak boleh berdua-duaan contohnya semasa bertunang.

Y : Ouh yeke? Subhanallah dosa.Hmm, faham sangat dah ni.Rasa cetek ilmu ini. Hmm.

X : Bagus ! Kalau kau tak tanya ,sampai bila-bila kau tak faham konsep mendekati zina ni.In sya Allah,kalau ada kawan2 yang couple tu bolehlah share benda-benda ni. Tak semua orang tahu.


Aku memuji perlakuannya dan sempat menyuruh dia menyampaikan ilmu ini pada orang lain.

Y : Thank you. Lagi satu,kalau ada pengetahuan agama lebih share lah. Aku ni jujur iman tak kuat.

Iman aku pun tak kuat juga kawan. Aku lantas berfikir cara lain supaya dia boleh lantangkan masalah peribadi dan agamanya pada ajnabi. Aku tahu inilah masanya.Sebelum ini aku sengaja melayan dan menjawab soalan-soalan dan masalah peribadi dia supaya dia tak terkejut bila aku kata aku nak jaga ikhtilat.Aku faham.Da'ie kena ada strategi. Tak boleh main bom-bom macam tu je.

Tiba-tiba aku terfikir satu perkataan 'FITNAH' .Ya, fitnah.Aku masih ingat ada kata-kata yang aku mungkin pernah dengar atau baca yang mana walaupun dia lelaki yang sopan santun dia tetap lelaki dan kita kena layan dia macam lelaki bukan perempuan.Gulp. Pantas meng'google' artikel pasal fitnah wanita. Dan yes. Jumpa. Artikel dari mahasiswa Yarmouk juga.

Setelah yakin,aku pun terus mempastakan link blog tersebut kepada dia.

X : NAH,take note.

Y : Kejap tau, roughly rasa nak nangis pun ada.Dosa kita banyak sangat.Ilmu tak cukup.Astaghfirullah.

X : Kawan, rajin-rajinkan diri datang masjid dan dengar tazkirah ye.Aku tak mampu nak tolong banyak.Diri    
     sendiri yang kena usaha untuk dapat ilmu Allah tu. Tak bermakna bergelar pelajar sains tak boleh alim 
     dalam agama.In sya Allah,bi iznillah.Slow-slow.

Aku cuba memotivasikan dia.Aku tahu dia memang rajin berjemaah di masjid.

Y : Dalam aku nak berubah macam-macam ujian aku tanggung . Dalam sampai luar. Sebab apa aku suka menyendiri macam sekarang? Sebab aku rasa aku dapat larikan diri dari dosa yang besar. Aku tak perlu sakitkan hati orang.Ibadat aku tak cukup. Dosa aku menggunung.Terima kasih,sekurang-kurangnya ada yang masih sudi bimbing aku. Bila aku terpesong i.Allah ada yang akan tarik aku ke jalan benar balik. Subhanallah.

Terharu baca kalam dia. Aku tak mampu nak tolong banyak kawan. Aku perempuan.Kau lelaki. Aku cuba membuka fikrah dan jalan pada dia.

X : In sya Allah. Jangan putus asa.Rahmat Allah tu luas.Emm, boleh tak aku nak pass kau dekat budak lelaki? Hihi. Maksudnya kalau kau nak tanya bab-bab agama ni.Elok sikit tanya orang-orang soleh.Aku ni bukannya ambik bidang agama.Ambik Bahasa Arab je. Okay tak? Boleh je nak mesej lagi cuma perakar penting aku okay je :) Aku cuma nak jaga hati.

Setelah beberapa bulan berhubung akhirnya Allah permudahkan jalan untuk aku mengelak ikhtilat dengan dia. Bukannya apa,dia memang baik.Sopan.Kira kategori 'lelaki yang boleh buat kawan' .Faham ke? Hmm. Tapi, hati rasa tak sedap pula bila selamba bermesej-mesejan dengan dia macam mana aku layan kawan perempuan.Erk. Tercekik.

Y : Kejap,kawan kau siapa? Nak ! Nak !

Lega. Dia memang seorang pencari hidayah.Mudah kata,hatinya memang sudah Allah buka untuk kebaikan. Alhamdulillah. 

X : Okay, nanti aku tanya.

Padahal tak tahu nak minta tolong siapa pun. Hmm, last-last random pick berdasarkan kriteria yg ada pada si 'penolong Y' ni. Terus PM dia . Terangkan situasi semuanya. 



X : Nah, ni FB dia. Addlah dia. Thank you faham aku. 


Y : No problem,Maaf lah kalau kot terchat buat kau tak selesa. 



  • Seronoknya. Ikhtilat settle. Hidayah settle. Tinggal masa si 'penolong Y' melaksanakan saja.Alhamdulillah. Bahagia sangat-sangat.Hidayah itu sungguh milik Allah.

    X : In sya Allah, moga Allah buka ruang dan peluang untuk kau berubah.In sya Allah selamatlah berkenalan dengan si dia (penolong Y) Salam.


    • [credit]

      Sedikit sinopsis pasal kawan ini . Kenal di institusi pengajian tinggi dan sekelas. Menjadi rakan tutor dan makmal. Dari situ, kami mula berkawan. Selesa berkawan kerana dia jenis sopan dan macam di atas sifat yang 'perempuan mudah buat kawan' . Dia sering bertanya hukum agama bila melihat aku kelihatan lebih terjaga penampilan aurat dari yang lain dan ditambah dengan penghijrahan ke bumi Jordan untuk mencari selaut ilmu Allah. Moga Allah bimbing dia. Oh ya, dia agak lemah.Ada penyakit.Itu juga antara faktor saya masih berhubung untuk terus memberi semangat.Sekali lagi,moga Allah redha.Semoga mendapat 'ibrah dari apa yang disampaikan. 


      Al-Qudwah qablad dakwah. Contoh teladan sebelum berdakwah.Moga Allah balas perbuatan ini dengan pahala. Semoga aku juga mampu kuat seperti dia.  Boleh jadi selepas ditarbiyyah imannya berkali ganda kuat dari kita yang biasa-biasa ini.
      -----

       Lelaki dan perempuan ada batas.Biarpun dalam hal agama kerana syaitan itu licik lagi melicikkan. 

    4 comments:

    Farah said...

    Assalamualaikum. Akak sokong! Walaupun atas tujuan dakwah tapi perlu berjaga2. Ikhtilat dijaga, maruah diri dan maruah agama terpelihara :)

    Aqilah Ahmad said...

    Terima kasih kak farah !

    :D

    Dhuha said...

    subhanallah...
    sungguhlah sudah terbang,
    seekor helang agama,
    di bumi Allah,
    sebahagian dari Syam yang hilang,
    Permai di bumi Urdun.

    Aqilah Ahmad said...

    Allahhh :'(

    Mohon terus ditembak doa dr bumi waqafan yg dirindui :)

    pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)