Tuesday 7 June 2011

DUNIA TIDAK SELALU KISAS..

Assalammualaikum w.b.t..


DUNIA TIDAK SELALU KISAS..


Setiap orang mesti nakkan perkara yang baik itu berterusan bukan?Begitu juga saya.Aura kesedihan untuk meninggalkan bumi waqafan itu sudah dirasai sekarang.Kerana apa?Kerana keunikan yang terdapat didalamnya.



Setiap pelajar KISAS mesti merasai perkara ini.Dahulu.Kini dan insyaAllah selamanya.

Baru-baru ini saya ada menyertai satu kem yang mana saya telah bercampur dengan seluruh pelajar di Malaysia..mungkin.Alangkah sedihnya hati melihat generasi sezaman teruk akhlaknya.Mungkin kerana mereka tidak pernah tahu tentang hal-hal agama dan tidak tahu untuk mengamalkannya.

Hidup dalam satu dorm dengan mereka.Agak menyedihkan.Pertama,dari segi AURATnya.Sedih.Sedih dan sedih.Saya tidak tahu hendak melakukan apa-apa melainkan berdoa agar mereka mendapat pengetahuan dan perasaan malu.Aurat sesama perempuan pon sangat susah dijaga apatah lagi sesama lelaki.Saya faham mungkin mereka telah terbiasa dengan persekitaran sedemikian sehingga terBIASA dengan perkara tersebut.

Jadi,marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan menyeru orang lain kearah kebaikan.

TARBIYAH ISLAMIYYAH

Masih adakah di luar sana?Sangat susah mencari tempat yang mempunyai ciri-ciri tarbiyah islamiyyah.Contohnya,ikhtilat antara muslimin dan muslimat.Saya pasti merindui suasana ini bila keluar nanti.Penggunaan 'muslimin' bagi lelaki dan 'muslimat' untuk perempuan.Kadang-kadang,nama yang umum terpaksa digunakan walaupun hendak memanggil seorang sahaja.Penggunaan kalimah 'uhibbuki fillah'..selepas solat.

BIAH SOLEHAH

Solat jemaah.Tazkirah.Usrah.Senyap.Tahsin qiraat.Adab.Terlalu banyak kalau nak ditulis.Hanya pengalaman yang mengajar bagaimana untuk menghadapi cabaran dalam biah solehah ini.Orang kata "KISAS ni takde pelajar ke?senyap je.."Senyap.Memang itu yang sentiasa ditekankan.Kalau di Aspuri,Dewan Makanlah tempat paling senyap dalam KISAS.Bunyi kerusi pon tak boleh dengar sedikit pon.Nampak macam keterlaluan,tapi itulah yang mengajar kami untuk berdisiplin.Dalam kelas,jika tiada guru masuk,akan ada wakil dari pihak muslimin atau muslimat yang akan ke hadapan untuk memberi sedikit teguran,tazkirah dan sewaktu dengannya.Sangat seronok.Sambil menuntut ilmu dunia diiring juga dengan ilmu Allah oleh sahabat-sahabat.

UKHUWWAH

Ukhuwah antara kami boleh diibaratkan telah terpateri untuk selama-lamanya,insyaAllah.Kawan dan sahabat.Yang mana satu lebih mendalam maksudnya?Menurut Kamus Dewan,kawan bermaksud kawan-kawan yg rapat.Sahabat pula,rapat benar (bkn sahabat); karib: sahabat ~ sahabat yg rapat sekali.Jadi,saya lebih gemar memanggil sahabat daripada kawan.Andai kata ada yang terpinggir,kami akan merapatinya.Andai kata ada yang bersedih,kami akan sedya upaya menggembirakannya.Andai kata ada yang bermasalah,kami akan berbincang untuk membantu dalam masalahnya.Hebatnya ukhuwwah kami.

adik-adik ting.4 berusaha menjaga ukhuwwah

TEACHERS


Guru-guru juga sentiasa memberi motivasi kepada kami dalam menuntut ilmu.Itulah sebabnya ada ayat"sesungguhnya guru itu seperti rasul".Walaupun dapat markah teruk,kami tetap diberi semangat dan motivasi.Mereka sangat bersemangat dalam mendidik kami.Kadang-kadang saya terfikir,"kesian anak cikgu,cikgu selalu ada dengan kite je.."Betapa pengorbanan guru sangatlah besar dan tidak mampu dibalas.

FRIENDS

Sengaja saya meletakkan 'friends' terakhir kerana sahabat itu selama-lamanya dalam hati saya.Nak kata sahabat itulah yang sentiasa mengingatkan dan menegur.TERIMA KASIH SAHABAT!Andai kata hari esok,aku jatuh,sambutlah aku.Andai kata hari esok aku sesat,kembalikan aku dijalan yang benar.Sesungguhnya wahai sahabat,aku takut satu hari,aku terlalu jauh dari redha Allah,maka kalianlah yang kena menyedarkan aku dari kelekaan.





Saya bersyukur menuntut ilmu disini!!

2 comments:

khainisa said...

keep on your writing,sis!!!

Aqilah Ahmad said...

haha..okeyh..big sis!!
bile nak ajar private 2??
buatkan!!

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)