Wednesday 5 December 2012

Dunia bukan kita punya !

Bismillah ya Allah.


Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu Akbar :)

Alhamdulillah, dapat pahala free baca zikir tadi. 


Selesai sudah imtihan thani.Hati diketuk rasa bahagia kerana sudah lepas dari tekanan.Tapi,hati juga mengetuk untuk lebih thabat dalam pengajian.Belajar bukan sebab nak markah tinggi.Tapi lebih kepada tarbiyyah kesabaran dan kemanisan ilmu.Bayangkan sekelas dengan bangsa Arab.Mendengar kalam harian mereka membuatkan aku semakin berani melafazkan seperti mereka.Walaupun bukanlah sefasih mana.Tapi mencuba itu lebih baik dari memendam!

Suatu hari di kelas..

*Sirrin(kawan Arab)*

"Aqilah, khalina khalina.."(Tunggu kami )sebelum kelas berakhir dia berkata.

"Ta3al, naltaqa' duktur"(jom,kita jumpa doktor)

"Shu?"(apa?)

"In sya Allah in sya Allah"

Blank ! Apa Sirrin nak buat ni? Dush!


"Duktur,hum Malziziyat........*tak tau dia ckp apa*Hum sanah ulaa, Mumkin irfa3 muaddal?"(Mereka tahun satu boleh tak naikkan muaddal/markah mereka?)

"In sya Allah,in sya Allah.A3tikum 3syarah alamat lilmusyarakah."kata doktor tanpa ragu-ragu.(Saya beri kamu 10 markah musyarakah)

Wooo,bior beno kome?!

Free2 dapat musyarakah 10.Full mark tu.Steady je Sirrin tolong mintakan.Padahal aku tak minta pun tolong suruh minta kat doktor naikkan muaddal.Fuh, pengalaman baru yg seronok.Saya cakaplah terima kasih semualah keluar kat dia.Gara-gara imtihan ula markah rendah dengan rasa rendah hatinya Sirrin minta tolong doktor naikkan markah.Padahal imtihan thani markah kami sama ! Dia boleh kata,

"3di,3di"

---------------------

Itu sketsa semalam.Ditakdirkan Allah dapat naikkan muaddal dan doktor nak tolong.Tapi,hari esok? Kita tak tahu.


Mungkin esok kita tersungkur terseliuh jatuh gedebuk dalam imtihan?

Mungkin juga kita diuji dengan persekitaran?

Kita tidak tahu.Tidak tahu.Dunia bukan kita punya.Dunia bukan kita yang atur.Kita hanya mampu merancang dan melaksana tapi yang mengizinkan hanya Allah.


Ahah !

Dapat kan ayat di atas? Jom sama-sama kita pimpin tangan memandang dunia sebagai bekalan.Bekalan yang dalamnya ada sandwich IMAN,nasi lemak TAQWA,air botol PAHALA.

Allah dah sediakan dunia.Kita gunakan sebaiknya.Kita habiskan masa sebaiknya untuk sama-sama mengenal Allah.Sentiasalah kita berdoa agar hati ini teguh dalam menyebarkan cinta Nya.Membawa panji-panji Islam dalam diri.Serta dikenali sebagai orang baik-baik.



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (2:30)"







Sekian saja :) 




p/s:31.12.2012 Imtihan Nihaie.Mari doakan saya !

2 comments:

sophie said...

bapak senangnyer nk tmbh mrkah

Aqilah Ahmad said...

huuuu :) tu lah.

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)