Friday, 17 August 2012

Bahasa Arab :)

Bismillahi walhamdulillah :)

Alhamdulillah hari ini masih bernyawa.Beribadah sebagai hamba Allah.

Bahasa Arab.

Kata mereka susah.Kata mereka lagi pelajar Malaysia sedikit saja yang mengambil kos ini.Kata mereka lagi siapa yang mengambil Bahasa Arab ini orangnya hebat.Huh...banyaknya kata orang.


Kata saya.Biarpun BA itu susah,namun percayalah kesusahan itu memberi kesenangan di dunia juga akhirat.

Kata saya,biarlah yang mengambil BA tak ramai orang Malaysia.Baru mencabar! Dapat ramai kawan bangsa Arab. :D

Kata saya,orang yang belajar BA ini jiwanya kental.Kerana sanggup menadah ilmu bahasa sejauh ini :P

Ya Allah,Kaulah Pemberi Rezeki.Terima kasih atas nikmat yang Kau berikan.Cita-citaku sejak tingkatan 3 akan menjadi kenyataan tak lama lagi.Permudahkanlah ya Allah.

In sya Allah,bakal pelajar Universiti Yarmouk,Jordan.Fakulti Adab.Kuliah Bahasa Arab.



Ini dalam buku tazkirah dekat KISAS.Tengok,simpan dan ingat lagi!


Yang ini pula greeting card la gitu waktu Form 5! Yeahh.Alhamdulillah..

--------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Bahasa Arab?

Soalan biasa orang akan tanya.

Sebab saya suka BA.Kedua,saya mudah belajar BA kalau nak dibanding dengan subjek-subjek lain.Even PQS dengan PSI pun.HAHA.Terbukti masa trial SBP tahun lepas.Then, sebab saya suka dapat berbahasa lain dengan baik.

Yang paling utama sebenarnya kerana, Bahasa Arablah yang akan mampu membuat kita memahami agama dengan lebih baik.Kan mukjizat Rasulullah Al-Quran.Al-Quran pula kan dalam BA.Jadi,itulah antara pendorong utama utuk saya menuntut ilmu bahasa yang sangat mulia ini.

BTW,kalau dalam kelas pun,subjek BA lah yang paling segar.Yang lain.Hmmm,mata pejam celik je.hihi.Nampak tak ada satu semangat nak belajar BA tu.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri! ^^

No comments:

pengalaman hidup (34) Jordan (22) tazkirah (20) kisas (10) SAHABAT (9) gambar (9) dunia (4) motivasi (4) tazkirah.tazkiyatun nafs (4) life (3) yarmouk (3) CERPEN (1) Jo (1) Puisi (1) form 6 (1) guru (1) ikhtilat (1) jalan-jalan (1) lagu (1) mati (1) quran (1) smkasas (1) study (1) tazkiyatun nafs (1)